Ahad, 11 Oktober 2009

Services

1 comments
Services Provided:

Website Design:
.RM 650.00 - RM 300.00/page (HTML Only)
.RM 850.00 - RM 500.00/page (Partial Flash-Banner/Menu)
.RM 1500.00++/page (Fully Flash-Depends on complexity)
.Does not include setup fee (hosting & Domain)
.RM 50.00 to setup on a host (free host)

Blog Installation:
.RM 400.00/forum
.Free Host+Domain Registration (Sub-Domain)
.Upload and Installation
.Own Domain or Host (Purchase yourself and give me the details)

Forum Installation:
.RM 500.00/forum
.Free Host+Domain Registration (Sub-Domain)
.Upload and Installation
.Own Domain or Host (Purchase yourself and give me the details)

Sabtu, 3 Oktober 2009

Salam Aidilfitri untuk semua....

0 comments
erm... salam semua salam aidilfitri kepada semua... hari ini merupakan hari yang bersejarah buat devil merupakan hari konvocation buat devil... hehehe... sory pasal da lama tidak berkarya di sini..

18-09-2009 malam tujuh likur

nak jadikan cerita pada 18-09-2009 tepat jam 2300 devilmaycry bertolak ke kampung menaiki perkhidmatan train. Train perjalanan yang di namakan train tujuh likur dari KL Sentral ke Ipoh. Dan di jangkakan sampai dalam 0130 pagi. Bila devil naik je train nie membuatkan devilmaycry berasa senang kerana tidak la ramai sgt yg ade kat dalam train nie kerana ramai yg menaikki kenderaan sendiri untuk pulang ke kg halaman masing2 untuk berhari raya...erm... devilmaycry sebenarnya agak sedeh sket pada masa nie sebenarnya kerana devilmaycry tengah kehabisan duit untuk konvo pada 03-10-2009 nanti... huhuhu... erm tp takpe rezeki berada di mana2-kan.. devilmaycry akan berusaha untuk mendapatkannya... bukan pe devil da bayar macam2 la time tu la motor wat hal la, nak bayar tu la ini la macam2 la nak kena bayar mane la devilmaycry x sengkek.. so devilmaycry pon cry la... hahaha... erm.. so sampai sini dulu devilmaycry nak berceloteh coz devilmaycry tengah mengantuk nie dok kat dalam train tujuh likur nie... nanti devil sambung bye..

Tanggal 03 October 2009, majlis Konvokesyen KPTM 2009 yang lalu telah diadakan. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dan menerima sijil masing-masing.

TAHNIAH kepada Septact Enterprise; pada hari berkenaan syk telah pun diberi peluang oleh pihak penganjur majlis konvo untuk menjalankan bisnes secara rasmi dan terbuka. Ini bukanlah merupakan projek yang pertama. Syk telah pun diberikan peluang untuk membekalkan tempahan kepada pihak kolej dan juga membuka kaunter jualan sebelum ini tetapi dengan margin yang kecil. Alhamdullillah, walaupun terdapat sedikit kesulitan pada pengalaman pertama, tetapi telah berjaya ditangani dengan berkesan. Krew syk nampak seolah-olah gugup pada awalnya. Mungkin disebabkan terpaksa berhadapan dengan pesaing yang jauh lebih berpengalaman atau juga dikejutkan dengan suasana dan keadaan pada masa itu. Dengan berbekalkan peralatan yang serba kekurangan, dikejutkan dengan keadaan yang seolah-olah kaunter syk seperti tiada sambutan disebabkan kedudukannya yang jauh dan terlindung; masing-masing macam tidak percaya dengan keadaan itu. Maklum saja banyak pula pesaing pada masa itu. Namun begitu suasana berubah selepas hampir dua jam selanjutnya apabila pelanggan mula mencari perkhidmatan syk… sukses... Sehingga tamat majlis, syk telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik dan telah menerima tempahan/jualan melebih sasaran yang ditetapkan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu usahawan2 muda ini. You all sudah mula berjalan, bukan lagi merangkak atau meniarap. Sahabat2 sekelian, kalian wajar membuktikan kemampuan kepada umum yang kalian bukan sembarangan orang yang dipilih untuk mengendalikan Kelab Usahawan Muda (dahulu) sehingga melahirkan syk ini dan seterusnya akan mampu bersaing di alam perniagaan.

Isnin, 7 September 2009

Mengapa Yahudi Bijak

0 comments

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka.. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Sabtu, 22 Ogos 2009

SalamRamadhan

0 comments
Salam... Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan!!!! Yea.. yea... x sabar nak sambut hari lahir dlm bulan islam... hihihi... dugaan yang lebih berat akan membuahkan ganjaran lebih besar daripada Allah.. wa... gembiranya devilmaycry dapat lagi berpuasa dan bertemu Ramadhan pada taun ini lagi.. erm sorry kwn2 coz devilmaycry da lama x update blog nie biasa la bz dengan keje... ari nie bermula episode diri ini di dalam bulan puasa.. hehehe... nantikan la cerita seterusnya...

Khamis, 11 Jun 2009

Cara Hack Password Windows 7, Vista, XP, Ubuntu atau Fedora

0 comments
Untuk keamanan PC biasanya kita menggunakan password Login, sehingga orang lain tidak bisa masuk komputer kita tanpa mengetahui password tersebut. Tetapi ketika kita lupa password bisa menjadi permasalahan tersendiri, bahkan tidak sedikit yang terpaksa harus meng-install ulang sistem Operasi.

Sebelumnya pernah dibahas mengenai me-reset password windows Xp dengan bootable CD PC Login Now. Saat ini ada alternatif lain yang lebih mudah.

PC Login Now memang menyediakan fitur mereset password Windows dengan antarmuka yang sederhana. Tetapi ukuran download sekitar 56 MB, ditambah lagi sekarang tidak disediakan link download di websitenya. Oleh karena itu ada alternatif lain yang lebih mudah dan lebih bagus, namanya Kon-Boot

Dengan Kon-Boot Bootable CD kita bisa mereset/hack password login untuk Windows 7, Vista, XP, Server 2003, Server 2008, Ubuntu, Debian, Fedora dan Gentoo.

Kon-Boot di buat untuk mem-bypass (melewati) password login sebuah sistem operasi. Kita bisa masuk dengan mengetikkan sembarang password (atau tanpa menuliskan passwordnya sedikitpun). Pada awalnya program ini di design untuk Linux Ubuntu, tetapi selanjutnya dikembangkan juga untuk Windows. Aplikasi ditulis dalam bahasa pemrograman Assembler murni dengan TASM 4.0.

Ukuran bootable CD/Floppy ini sangat kecil, bahkan ukuran download hanya sekitar 10 KB (dalam zip), setelah di extract (dibuka), ukuran file iso (image) didalamnya hanya sekitar 110 KB. Untuk memburning ke CD (membuat file iso ini bisa menjadi bootable CD) bisa menggunakan program ImgBurn (1.94 MB), program burning CD yang sangat kecil dan Portable, BurnCDCC™ (68 KB) atau program lainnya seperti Nero Burning ROM.

Sedangkan untuk membuat bootable Floppy, bisa menggunakan RawWrite. Download dari http://www.chrysocome.net/rawwrite

Penggunaan Kon-Boot:

Untuk Windows, tidak ada instruksi khusus, setelah di download, buat bootable media ( dengan CD atau Floppy disk). Setelah itu, booting komputer melalui CD/Floppy tersebut, setelah tampilan seperti gambar berikut, maka otomatis akan langsung masuk window

Versi Windows yang telah di test :
- Windows Server 2008 Standard SP2 (v.275)
- Windows Vista Business SP0
- Windows Vista Ultimate SP1
- Windows Vista Ultimate SP0
- Windows Server 2003 Enterprise
- Windows XP
- Windows XP SP1
- Windows XP SP2
- Windows XP SP3
- Windows 7

Linux ( dan versi kernel-nya) yang telah di Test:
- Gentoo 2.6.24-gentoo-r5
- Ubuntu 2.6.24.3-debug
- Debian 2.6.18-6-6861
- Fedora 2.6.25.9-76.fc9.i6862

Untuk Penggunaan Linux, silahkan langsung membaca instruksinya di website pembuatnya http://www.piotrbania.com/all/kon-boot/

Cara Lain Reset Password Windows [XP] (tanpa CD)

Untuk Windows XP sebaiknya sebelum menggunakan bootable CD atau software lainnya, bisa dicoba cara berikut, tanpa menggunakan software tambahan.

  1. Restart Komputer
  2. Tekan tombol F8, sampai muncul pilihan booting
  3. Pilih pilihan paling Atas, yaitu Safe Mode ( sekengkapnya tentang safe mode, bisa membaca artikel : Safe Mode, Manfaat dan Penggunaannya
  4. Ketika muncul pilihan user, pilih Administrator, biasanya password Administrator kosong (tidak diisi), sehingga bisa langsung masuk. Jika tidak bisa masuk (memerlukan password) maka cara ini tidak bisa dilanjutkan.
  5. Setelah masuk windows, pilih menu Control Panel > User Accounts
  6. Pilih Nama Account yang tersedia (diinginkan, selain Administrator), kemudian pilih Remove the password
  7. Restart Komputer, dan seharusnya passwordnya sudah tidak ada lagi

Download Kon-Boot disini : http://www.piotrbania.com/all/kon-boot/ Silahkan dilihat bagian Download, dibawah. Selanjutnya bisa dipilih beberapa tampilan yang tersedia.

-:DeMi MaTaHaRi:-

0 comments
Demi Matahari
Dan Sinarnya di Pagi Hari
Demi Bulan Apabila Ia Mengiringi

Demi Siang Hari
Bila Menampakkan Dirinya
Demi malam Apabila Ia Menutupi

Demi langit berserta seluruh binaanya
Demi Bumi serta yang ada di hamparanya
Demi Jiwa dan Seluruh Penyempurnaanya

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya

Rabu, 3 Jun 2009

DevilMayCry Kepenatan... huhuhu...

0 comments

Sorry to all my pren... coz da lama x update this blog la... biasa la ngan keje semua sampai nak update this blog xde masa nak wat... erm... Actually DevilMayCry baru balik dari kem motivation tuk bebudak sek rendah... penat DevilMayCry di buatnye melayan kerenah bebudak nie... any ways DevilMayCry anjoy ngan progam nie bleh dikatakan succes la... hahahaha....

Ahad, 17 Mei 2009

Reunion KPTM Ipoh

0 comments
1 Mei 2009 merupakan hari cuti sempena hari buruh. Dengan itu aku dan beberapa org terlibat mengadakan satu mini geth bebdk KPTM ipoh. Bila lg nk kmpul blik smue cm dlu. masing masing ade tanggungjwab sendiri. erm... bermula satu episot... hihihi... cam citer drama lak... mula wat pejumpaan kat restoran Pelita kat KLCC tu... lepak jap kat dataran merdeka tetiba ade citer x best lak kita short satu keter.. rosak lak... pastu kene halau dbkl pasal x leh dok lepak kat dataran... so tibala pada pagi yg nak gerak ke PD...ha maleh aku nak citer korng tengok sendiri la gambo die...
click hire..

Isnin, 11 Mei 2009

erm...

1 comments
.."I learned to live many years ago. I learned to love the
journey, not the destination. I learned that it is not a dre
ss rehearsal, and that today is the only guarantee you get. I le
arned to look at all the good in the world...."

The Horsehead Nebula

0 comments
image from Al-Khawarizmi Observatory


The Horsehead Nebula (also known as Barnard 33 in bright nebula IC 434) is a dark nebula in the constellation Orion. The nebula is located just below Alnitak, the star furthest left on Orion's Belt, and is part of the much larger Orion Molecular Cloud Complex. It is approximately 1500 light years from Earth. It is one of the most identifiable nebulae because of the shape of its swirling cloud of dark dust and gases, which is similar to that of a horse's head.

Sabtu, 9 Mei 2009

Hari falak Sedunia... (Kompleks Falak Al-Khawarizmi Melaka)

4 comments

Assalammualaikum... hi semua sorry devilmaycry da lama x update blog nie.. hihihi... devil agak bz sket sejak kebelakangan nie.. hari nie devil da berada di kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka. bertujuan menyambut Hari Falak Sedunia, agak2 korang la sejak bila lak si devil nie tetiba mula berjinak2 ngan aktiviti falak nie kan.. actually cita2 devil dari kecil dulu nak jd angkasawan malaysia yg pertama tp x berkesampaian... huhuhu... citer tuk ari nie lak devil cam biasa la sibuk ngan menangkap gambar tuk dak2 prostar dok wat aktivity la... hehehe... tp di bantu oleh si kechik ngan si arip yg dok tengah nak belajar nak mengunakan dslr... suke sngat die dok dpat guna dslr... menghabiskan shutle org je keje die...

pe yg menariknye kat kompleks nie? nie aku nak citer sket... Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Hari Falak / Astronomi di Kompleks Falak Al-Khawarizmi pada

8,9 dan 10 Mei 2008

Beberapa acara menarik bakal dijalankan di sana. Menurut maklumat yang devil terima, pensyarah terkenal Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail, dari Jabatan Matematik, UPM akan mengadakan ceramah utama pada pagi Sabtu. Pengalaman rakan devil yg mengikuti syarahan beliau, memang cukup mengkagumkan dari segi pengisian, penyelidikan dan penjelasan.

erm... berbalik la dok citer pasal kat sini dok penat la melayan bebudak prostar and yg lain bergambar.. sambil bergambar kami mempromot la ape tugas sebenar prostar tu sebenarnya... hehehe... si myvi lak sibuk la menjual minyak.. eh silap la bkn jual minyak tapi dok memperkenalkan pe itu prostar sambil memperkenalkan product stop merokok di samping itu mengutip dana untuk prostar dng hasil jualan chocolate Homeopati buatan homeo lab kedah... uish.. hebat2.. sambung kemudia nanti k...

da habis penat semua tu pada petang harinye pulak kami di bari ceramah oleh Dr pengurus kompleks tersebut devil da lupe da nama die.. hehehe... memang menarik la talk yg dia beri...
lepas je sesi tu kami semua biasa la ade sesi bergambar plak kebetulan da pukul 7 ptg memang best la suasana bagi kami photographer tuk snap gambar yg agak indah dan bergitu besar kekuasaan allah pada ketika itu...

Selasa, 28 April 2009

Remaja sebagai pemimpin akan datang..

0 comments

KEPEMIMPINAN elemen penting dalam kehidupan seseorang manusia. Apabila kita mampu memimpin diri ke arah syahsiah cemerlang, ia satu kejayaan sebelum kita memimpin orang lain. Kepemimpinan yang baik akan menjadikan kehidupan kita bersama manusia lain di dunia ini dapat diseimbangkan ke arah membentuk generasi al-Quran.

Remaja hari ini menjadi satu kelompok besar yang perlu diberi perhatian demi kepentingan negara dan umat Islam seluruhnya. Remaja adalah pewaris bangsa dan bakal pemimpin pada masa hadapan. Justeru, latihan dan bimbingan secukupnya perlu diberikan bagi memastikan mereka bersedia untuk memimpin kelak.

Kesempatan ketika remaja masa paling sesuai untuk menyuburkan budaya ilmu dan kepemimpinan kerana mereka lebih mudah menerima kebenaran dan bimbingan. Hakikat ini ditunjukkan ketika Nabi Muhammad mula menyebarkan ajaran Islam, golongan muda yang menyatakan sokongan dan seterusnya beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah itu.

Siapa pun tidak dapat menafikan bahawa remaja adalah aset dan golongan yang sangat perlu dipelihara kerana masa depan sesebuah masyarakat dan negara terletak sepenuhnya di bahu mereka. Mereka adalah pewaris yang sah kepada tamadun masa kini untuk dilanjut dan dipertingkatkan kualitinya pada masa akan datang.

Remaja hari ini diingatkan bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan demi memelihara keagungan agama, bangsa dan umat seluruhnya.

Tidak dinafikan remaja aset yang sepatutnya dijaga dan diasuh sebaik mungkin ibarat menatang minyak yang penuh. Bahkan Rasulullah menggariskan panduan yang sewajarnya diikuti dalam mendidik anak. Ini ditunjukkan menerusi sabdanya yang bermaksud: “Ajarlah anak kamu bersolat ketika umurnya tujuh tahun dan pukul mereka (seandainya enggan) apabila umurnya 10 tahun.”(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Kedua-dua contoh di atas menunjukkan betapa Islam memandang serius terhadap didikan anak. Tempoh umur antara kanak-kanak hingga zaman remaja waktu yang paling berharga dan penting kepada setiap manusia.

Pada masa ini proses perkembangan jiwa dan minda berlaku. Justeru, remaja perlu kental dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidup di samping memiliki iman yang teguh. Jika tidak, sudah tentu mereka akan mudah terjerumus dan terperangkap ke lembah kebinasaan.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Kedua-dua kaki anak Adam itu tetap akan berdiri di hadapan Tuhannya pada hari kiamat kelak sehingga selesai ditanya empat perkara:

  • Umurnya untuk apa dihabiskan;
  • Masa mudanya untuk apa dipergunakan;
  • Hartanya dari mana diperoleh dan untuk apa dibelanjakan;
  • Ilmunya apa yang sudah dibuat dengannya.”

Berdasarkan maksud hadis itu, jelaslah setiap manusia akan dipersoalkan setiap perkara yang dikurniakan kepadanya termasuk peluang yang diberikan ketika muda. Umum mengetahui, banyak perkara boleh dilakukan pada masa muda kerana pada usia sebeginilah kita dikurniakan tubuh yang sihat, bertenaga dan cerdas akal fikiran. Amat rugilah jika kesempatan sebegini tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Jumaat, 24 April 2009

hahaha... tiba la masa tuk esok lak...

1 comments
semalam devil penat wat keje ngan pening melalut... hehehe...
biasa la da 5 hari dok berkampung kat jabatan kesihatan DBKL cheras.. nak siapkan pe je yg keje yg x siap tuk karnival gaya hidup sihat nie.. semalam devilmaycry dah agak tekanan..

Isnin, 20 April 2009

fuh!!!... penat aku...

0 comments
actually DevilMayCry agak penat lagi nie.. biasa la DevilMayCry baru balik dari camping kat sg congkak semalam... kem untuk asas kejurulatihan tapi DevilMayCry jd jurulatih la melatih yg bakal2 menjadi jurulatih adalah tanggungjawab DevilMayCry... macam2 la DevilMayCry dapat kat sini ngan kawan2 jurulatih pon leh dikatakan agak gila dan masuk air gak la macam DevilMayCry ngan si MyVi nie...
pagi semalam DevilMayCry balik pagi2 lagi tuk masuk keje... nasib bail x langgar divider kat bukit ampang kalu x lepas ke gaung devil... erm... nanti devil akan letakkanla sedikit gambar tuk tatapan korng semua... sekarang x leh nak letak lagi... coz DevilMayCry tengah fening2 lalat lagi nie.. hahaha... Arios...

Khamis, 9 April 2009

huhuhu...

1 comments
erm... ari nie devilmaycry agak penat sket... actually devilmaycry x berape sihat, tp still g keje... xpe la devilmaycry nak wat keje sket... nanti devil sambung...

huhuhu...

3 comments
No one miss me any more... :( "Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini Alasan Kau Menyakitiku Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku Tapi Cobalah Sejenak Mengerti...."

Ahad, 5 April 2009

Berjalan di arau...

2 comments

3,4,5/04/2009 fuh penat devilmaycry melayan korang semua.. erm... tiga ari nie walau pon devilmaycry penat tapi devil enjoy ngan korang semua... penat berjalan kat arau perlis penat bergelak ketawa kat dalam bas dan penat dok menghabiskan shutter camera devilmaycry dan kawan2... hahaha... kat sana macam2 la jd.. siap devilmaycry plak yg bagi penerangan kat bebudak UiTM Arau pasal Teleskop jenis reflector(fuyoo... siap detail aku tulis jenis pe... hihihi...) rasa cam pro je plak guna teleskop tu... hahaha... yg paling best pasal DevilMayCry suka main CLS tuk menangkap gambo...

hihihi... terasa cam jd model la plak.. tq kechik...

Ahad, 29 Mac 2009

Hari Ahad yg memenatkan....

1 comments
hi semua... erm hari nie devilmaycry agak penat sket pasal berjalan katMid yg besar tu semata2 nak g hantar camera tuk service.. hehehe... da pusing punya pusing kat dalam DCim exhibition aku geram kat satu lens tu aku pon angkat la... terbang la wet aku dlm 3ratos lebih.. hihihi... tp xpe la... erm nak angkat yg lens yg lain agak x mampu lagi so pakai la yg mane mampu dulu... punya la ramai org kat sana aku pon da x terlarat la nak dok lama2 kat sana aku pon terus la pulang ke rumah tp x jd aku terus ke umah abg sepupu aku.. lepak la sampai malam...

nie aku de letak la gambar situasi kat sana...

Selasa, 24 Mac 2009

hari ke-3 DevilMyCry di Melaka...

7 comments
erm.. cam biasa DevilMayCry di melaka wat traning tuk SUK Melaka... pagi2 lagi Devil da kuar pergi ke SUK... nampak gaya nye org2 kat sini dikirakan agak senang la dengan Devil nye penyampaian... tapi x tau la yg akan datang nie cam mana...

memandangkan DevilMayCry x bawa camera so DevilMayCry jd bosan kat sini... huhuhuhu...
:( xpe la kalu DevilMayCry berkesempatan petang nanti DevilMayCry akan update lagi k...

Mengisi Masa...

1 comments

Hihihihi... sambil menunggu masa yg ada nie devilmaycry pon wat la sket editing gambar DevilMayCry... bila lagi kan? nak gak glemer kat page sendiri.. hihihi...

hihihi... ok tak? boleh la nak mengasah bakat yg lama nie balik... ok arios...

Isnin, 23 Mac 2009

Hari ke-2 DevilMayCry d Melaka...

0 comments
huhuhuhu... bosannye DevilMayCry kat melaka nie... call member2 kat melaka bz la pe la ade yang devilMayCry call x dapat contact... erm.. nak wat cam mane da nasib badan.. da la DevilMayCry dapat citer x baik kat seseorg tp DevilMayCry xnak citer just biar devilMayCry je la yg menanggung nye sendiri... kali nie DevilMayCry ke melaka devilMayCry x bawak camera coz DevilMayCry x tau jalan nak merayap.. huhuhu... k la sampai kat sini je la DevilMay Cry nak update blog nie...

Sabtu, 21 Mac 2009

Hari yg agak bosan...

0 comments
erm... devil agak bosan ari nie.. ye la ajak org yg devil suka kuar pon diorg cam x suka kuar ngan devil nie kot... ye la sape la devil nie... xpe la.. x payah la nak pening2 kepala lepas nie devil da malas nak amik tau da.. devil da patah ati da.. esok pukul 1 devil akan bertolak ke melaka.. mungkin dalam kul 3 sampai la kot.. sampai kat melaka nak kene cari resort la plak.. erm... ari isnin lak devil nak kene bagi traning kat org2 suk melaka.. agak gerun gak la bila dengar 120 kot yg devil nak kene traningkan... tp xpe bila lagi devil nak cuba satu benda barukan...lagi sekali la devil berseorangan kat melaka.. erm.. nampaknye cam tu la... xpe la just sekadar nak mengisi masa yg ade je nie... memandangkan devil tengah bosan nie..

Khamis, 19 Mac 2009

Erm... Hari2 yg memenatkan devilmaycry ...

3 comments
salam kepada semua... agak lama gak la devilmaycry x update devilmaycrynye blog nie... actually malam tadi devilmaycry g tido d umah YDP Prostar asalnye nak wat keje la tp jd terus tido lak... hihihi... sebelum nie devilmaycry agak bz ngan keje n keje... hihihi... biasa la waktu pejabat jd development exacutive lepas waktu pejabat lak jd operation exacutive lak kat compeny aku dan kawan2... hihihihi... biasa la nak cari wet lebih sket... biasa la devil nie pon bukan la kaya sangat pon cam ayah devil cakap bukan senang nak jadi senang, dan bukan susah pun nak jadi susah... tu semua pilihan kita nak atau x nak je kita nak wat sesuatu...

nie devil de la nak letak gambar cradit by Kechik gambar masa wat activiti di waktu tengah hari, hari minggu yang lepas...


lepas je balik dari aktiviti nie devil pon terus la g makan kat abc makan ngan member aku yg agak masuk air la... hahaha... sory geng kita memang masuk air da... kechik pon da joint sekaki da ngan kita... erm... lepas je makan shah dan kechik dok lepak kat umah devil sambil menunggu masa tuk pergi diner lak.. da org ajak devil pon pegi la... any way tanks ya to all Ocean Blue community coz sudi lagi ajak devil tuk joint korg semua..

12/03/2009
Aku lepas je balik dari diner tu aku n the geng pon cam biasa la jd burung antu la plak ngan pakai baju yg agak formal pon g la jalan2 satu kl... hehehe... org dok tengok je mungkin dok takut2 kot kami nie penguat kuasa ke pe... haha... balik je kat umah semua dok tido da letih kepenatan la katakan... dari pagi sampai la ke petang la tido je keje die... tapi aku sebenarnya x leh nak dok diam pasal aku da 2 ke 3 kali lebih la dok kuar masuk bilik air pasal sakit perut yg luar biasa la dikatakan... pe la yg aku makan sampai aku sakit pewut melampau sgt... any way xpe la nak wat cam ne da sakit..

Ahad, 1 Mac 2009

huhuhuhuhu...

0 comments
agk ponek den ari nie...
baru je blk umah.. ingat nak tido yo nie...
selamek malam yo... den tak rarat nak buko mato layi nie..

Rabu, 25 Februari 2009

Ponek den...

0 comments

huhuhuhu... setelah devilmaycry penat dengan keje skarang time penat tuk update blog la plak... hehehe... ari nie devilmaycry penat kat putrajaya ade meeting la plok ngan AG kat putrajaya.. aku pon penin la dibuatnye.. erm.. balik kat opis bertambah lak keje.. sok nak kene g JPPH plak... hhuhuhuhu... ponek den... xpe2 aku nak layan stellarium lak la skarang nie...

dalam masa sekarang nie bintang yg agak menyerlah di agkasa kita adalah capella.. so aku da wat screen shot dari software yg aku gunakan tuk pandangan kawan2 semua... k...


nie devil nak letak gambar devil amik kat planetarium...

Isnin, 23 Februari 2009

da lama aku x update...

1 comments
hihihi... erm agak lama gak la aku x update blog nie.. biasa la aku agak bz skarang nie nak melayan karenah client lg ngan keje aku yang melambak lagi bos bkn kire aku banyak keje ke tak main bagi je... any way life mesti di teruskan jugak.. dalam sebok2 tu aku sempat gak la menjalankan aktiviti yg berfaedah bagi aku dari melepak je baik kita belajar sesuatu ye dak... any way tq kechik..

Isnin, 16 Februari 2009

erm... I'm Sorry...

1 comments
hihihi... Hye... sorry lama x update bloge nie... huhuhuhu... devilmaycry agak bz dalam masa terdekat nie.. biasa la kan macam2 de keje di mana2... hehehe...
buat org yg ingin kan link gambar2 aku akan uploadkan kemudian coz aku tengah keje skarang nie... hehehehe... :p nanti devilmaycry akan update latter...


nie ade image DevilMayCry letak la wat tatapan semua...

Isnin, 9 Februari 2009

huhuhuhu...

1 comments
sorry kawan2... coz aku sekarang agak bz ngan keje aku sampai nak update gambar x sempat...
hehehe.. anyway aku nak citer sket la pasal semalam aku ade pergi ke planetarium pada sebelah malam... best gak la macam2 la aku study pasal keindahan alam pada malam semalam... bebudak aku yg ikut pon agak kecoh gak la... hurm... tapi aku x leh nak letak gambar semalam lagi coz aku x upload lagi kat internet pasal aku nak kene susun dulu pe yg patut...

tapi xpe aku letakkan gambar semasa aku pergi ke UIA Program dipanggil NITROS dan program Akademi Futsal kat Komplek Sukan KG Pandan...


Akademi Futsal & Nitros UIA

Selasa, 27 Januari 2009

erm... pe ek?

0 comments
hihihihi... ari nie aku x tau la ape pasal aku agak hyper aktive nie..
hehehe... awal giler aku bangun ari nie g keje... slalu asik kene panggil ngan boss pasal masuk lambat walau pon umah kira dekat la jugak... hihihihi... biasa la...

erm... aku x tau la pasal ape aku happy sgt ari nie...
any way cite nie akan aku edit di sebelam malam karang plak...
pasal aku nak kuar lunch... bye...


huhuhuhu... sorry lambat reply...
erm.. sejak 2 menjak 3 menjak nie aku agak bzzzz sket...
ye ar bz ngan keje ngan business agi ngan aktivi yg lain lagi...
hehehe... any way aku nak bukak tred yag baru lepas nie...

Isnin, 26 Januari 2009

Special:My Notebook: Fedora Core 10

0 comments
ini page yg aku guna sekarang...

Korang tau ape bende fedora ni? Fedora adalah jenis os yg dibangunkan menerusi platform linux. Ade berjuta2 jenis lagi. Tapi yg aku pkaini jenis fedora 10. Ramai org memperkecilkan kemampuan fedora, ubuntu and linux yg lain berbandingkan dengan windows, aku pn berpandangan cmtu. tapi skrg tidak lagi. Ramai yg menganggap fedora ni menyusahkan. Yela.. yang aku tau softwere windown xbleh msuk kt fedora. So kerje pon tertangguh la kan. Tp kalau korang jenis penyabar n berusaha pasti mendapat jalan pnyelesaian. cuba dan rasainya sendiri.Pada entri kali ni aku nk cite sket pasal fedora.


Mule2 aku agak sukar menggunakannya kerana softwere yg digunakan di windows agak berbeza dengan fedora. tapi memandangkan aku da berkeje dalam bidang IT terutama dalam bidang development skarang nie so aku mengunakan fedora 10. hehehe... mula2 memang agak rasa menyusahkan tp atas berkat aku pernah menggunakan ubuntu so bleh la sket... Contohnya nk dengar lagu, nk buat editing image, nak taip surat sume payah. Tapi bila aku explore dlm sebulan baru aku nampak kebaikan kelebihannya berbanding PC. Ramai yg xtau.. Ini terbukti bila aku run lebih 30 softwere n run 3 web browser ianya berjalan seperti biasa tanpa gangguan "hang" seperti windows yg manja.. Lg satu, di fedora nie ade konsep workspace. kt sini kite bleh bukak workspace yg banyak untuk memastikan kerja kita teratur dan xbagi ruang kerja kite nampak besepah..

Elimen yg paling menarik ianya adalah bebas virus tidak seperti windows. Bagila ape jenis virus pon kt fedora pasti ianya menangis.. uhuk uhuk.. Mari kita berfikir sejenak.. Mereka yg pro-windows pasti akan berkata cari la antivirus. Pasti anti virus memerlukan duit kan. xkisah la yg pirate ke yg ori pasti menggunakan duit. Pastu ade plak cakap gunakanla crack. Hehehe.. kalau nak tau, crack la tempat pembiakakn virus yg subur. kalau ada antivirus pon kite kena sentiasa update. klo xupdate ape gunanya? btul x? Masalah buat mereka yg xda internet plk kan.

Selain dari kelebihan yg aku gtau dari ade lg kelebihan yg pasti smue suka faktornya. Iaitu ianya percuma dan free. heheh.. Ape slhnya cuba kn. bukan guna duit pon. Kalau ade sesiapa yg berminat, bleh la ke website fedora:http://fedoraproject.org/ dan ade pilihan untuk anda download file iso dan burn dlam cd ataupon oder cd secara percuma. kene bagi alamat dan tunggu la dlm sebulan untuk penghantaran.. xsalah aku dah nk kuar versi 10.. aku pakai skarang nie yg terbaru la.. hehehe... untuk mendapt keterangan lebih layari la website tu.. Ape2 hal leh contek aku kalau nk tanye ape2.. mari lah kita ramai2 support open source bkn Microsoft yg da kaya-raya pasal kita support diorg yg da curi banyak idea dari linux and unix nie...


Sehari di Planetarium Negara..

1 comments
Hi semua... erm... ari nie kira aku xde wat pape dalam kul 2 aku pun bertolak la ke pejabat kesihatan DBKL di Maluri tuk ke Planetarium Negara untuk melihat Gerhana Matahari separa... fuh best gak ar gi sana penat melayan kerenah bebudah junior aku nie... kira diorg nie satu kepala ngan aku ngan shah gak la... masuk air gak diorg nie... hihihihi...

erm... nie aku de letakkan link kat bawah nie tuk sape2 nak melihat gambar2 yg aku snap... x lupa gak la cradit anis kalau aku x silap nama la..

planetarium

Selasa, 20 Januari 2009

Who I'd like to meet:

0 comments
sesiape je la... kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.... kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir.... kata nenek, KAWAN 2 bak bulan dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana.... kate sedara, KAWAN 2 mcm makanan, KAWAN makan KAWAN!!!! kata abg, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata.... Kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tapi sedap dimakan.... kata aku, KAWAN tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH,UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR,BAK BULAN,SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!! dia tetap KAWAN.. tau tak sebab ape?? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia tetap kawan aku.... ..

Ahad, 18 Januari 2009

Prostar

1 comments


erm...
tahniah kawan2 kerana telah menjayakan satu program usahasama bersama ahli jawatan kuasa masjid Al-Ikhlasiah di kawasan kerinci semalam...
best siot... hihihihi...
Nama progam adalah "Mari Mengimarahkan Masjid" aku pon lupe la tapi cam tu la kiranya, nie aku ade link tuk sape2 nak meng amati gambar ketika kami mengadakan program di sana...


Prostar

Rupa baru Bima Sakti

0 comments

Baru-baru ini, para saintis telah pun mengumumkan (bukan harga minyak baru...) bentuk terkini galaksi Bima Sakti yang kita duduki sekarang.

Sebelum ini, kita sering diberi gambaran bahawa Bima Sakti merupakan sebuah jenis galaksi berpusar (spiral) dan mempunyai 4 atau lebih lengan-lengan disekelilingnya.

Masalah yang terpaksa dihadapi oleh para saintis ialah begitu banyak debu-debu di angkasa yang menghalang cahaya yang datang dari bintang-bintang yang berjauhan dari bumi.

Namun apabila kaedah baru digunakan untuk mencerap kedudukan bintang-bintang ini dilakukan, didapati Bima Sakti merupakan sebuah galaksi yang tidak kompleks. Ia hanya mempunyai 2 lengan utama dan 2 lengan kecil.

Kumpulan saintis yang diketuai oleh Robert Benjamin, dari University of Wisconsin, menggunakan data dari tinjauan gelombang pertengahan inframerah teleskop angkasa Spitzer untuk menghasilkan peta terbaru galaksi kita. Untuk pengetahuan semua, gelombang pertengah inframerah amat sesuai untuk digunakan kerana ia boleh menembusi debu dan habuk dengan berkesan.

Lengan-lengan Bima Sakti diberi nama berdasarkan kawasan buruj di langit, lengan Sagittarius, lengan Scutum-Centaurus, lengan Perseus dan lengan Norma. Kajian menunjukkan bilangan bintang-bintang bertambah banyak di kawasan lengan Scutum-Centaurus, tetapi tidak bertambah bagi lengan Sagittarius dan Norma.

Selain dari itu, lengan Scutum-Centaurus bersambung dengan sempurna dengan 'palang sentral' Bima Sakti. Bima Sakti tidak mempunyai pusat galaksi yang bulat , tetapi ia berbentuk palang/silinder (cuba lihat ilustrasi).

Maklumat lanjut boleh dicapai di http://www.skyandtelescope.com/news/home/19599619.html

Gerhana Matahari Separa di Malaysia pada 26 Jan 2009

1 comments

Dalam masa 7 hari lagi, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.

Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.

(Foto di sebelah merupakan contoh keadaan Gerhana Matahari Separa)

Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.

Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.

Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.

Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

National Eclipse Tracking Team (NETT) akan menghantar delegasi ke bandar Anyer, Indonesia untuk fenomena Gerhana Matahari Cincin pada 26 Januari 2009 nanti. InsyaAllah saya sendiri akan turut serta rombongan ke sana, sebagai 'build-up' kepada ekspedisi ke Hangzhou untuk Gerhana Penuh Matahari pada 22 Julai nanti! Perbincangan lanjut eskpedisi ini ada di Forum.


Kaedah untuk mencerap gerhana ini boleh rujuk kepada artikel rasmi dari ANGKASA (versi BM dan versi Eng).

Cuba hubungi kelab atau unit falak berdekatan untuk mengetahui aktiviti cerapan Gerhana Matahari separa nanti. Setakat yang saya tahu, di Planetarium Negara ada aktiviti, begitu juga di Kuala Terengganu yang mana Unit Falak UDM akan terlibat.

Rabu, 14 Januari 2009

hari pertama masuk kerja...

1 comments
01/12/2008
hari nie macam biasa la aku dok umah bosan. aku pun bersiap la nak ke kolej lepak sana and aku nak betulkan pc MPP yg penuh ngan virus. tengah aku dok membelek pc tu tiba2 aku dapat la satu panggilan dari unit IT kolej. aku pon agak hairan la pasal pe. aku ingatkn diorg nak marah aku la ubah OS pc mpp tu dari Windows XP kepada Ubuntu. aku pelik pasal diorg suh aku pakai kemas2.. aku pun turun la ngan baju yg agak selekeh sket xkan la aku nak balik plak tukar baju. rupenye ade org nak interview aku keje.. so aku pon di bawa la ke office kat komplek maluri kat belakang jusco maluri..

02/12/2008
pada hari nie aku mula berkerja sebagai Development Executive kat Abyres Sdn Bhd. biasa la mula2 keje nie aku x tau pe lagi nak wat dok mengelamun la aku kat situ.. hehehe.. bos kata memng cam nie bila time de keje baru dok sebok sket sampaikan nak makan pon x sempat.. bg aku ok la aku nie x kesah sangat la pasal makan tu...
erm...


p/s: walau pun da lambat tapi aku ingat macam2 bende terjadi kat aku pada taun 2008 nie... de yg sedeh and yg seronok..
tapi aku x boleh melupakan pd 24/10/2008 pasal masa nie aku sgt2 sedeh.. tp xpe la aku terima seadanya..

-:My Personality:-

Click to view my Personality Profile page

Advertisement

iklan
 

Copyright 2010 All Rights Reserved DevilM@yCry by ナスルン