Selasa, 27 Januari 2009

erm... pe ek?

0 comments
hihihihi... ari nie aku x tau la ape pasal aku agak hyper aktive nie..
hehehe... awal giler aku bangun ari nie g keje... slalu asik kene panggil ngan boss pasal masuk lambat walau pon umah kira dekat la jugak... hihihihi... biasa la...

erm... aku x tau la pasal ape aku happy sgt ari nie...
any way cite nie akan aku edit di sebelam malam karang plak...
pasal aku nak kuar lunch... bye...


huhuhuhu... sorry lambat reply...
erm.. sejak 2 menjak 3 menjak nie aku agak bzzzz sket...
ye ar bz ngan keje ngan business agi ngan aktivi yg lain lagi...
hehehe... any way aku nak bukak tred yag baru lepas nie...

Isnin, 26 Januari 2009

Special:My Notebook: Fedora Core 10

0 comments
ini page yg aku guna sekarang...

Korang tau ape bende fedora ni? Fedora adalah jenis os yg dibangunkan menerusi platform linux. Ade berjuta2 jenis lagi. Tapi yg aku pkaini jenis fedora 10. Ramai org memperkecilkan kemampuan fedora, ubuntu and linux yg lain berbandingkan dengan windows, aku pn berpandangan cmtu. tapi skrg tidak lagi. Ramai yg menganggap fedora ni menyusahkan. Yela.. yang aku tau softwere windown xbleh msuk kt fedora. So kerje pon tertangguh la kan. Tp kalau korang jenis penyabar n berusaha pasti mendapat jalan pnyelesaian. cuba dan rasainya sendiri.Pada entri kali ni aku nk cite sket pasal fedora.


Mule2 aku agak sukar menggunakannya kerana softwere yg digunakan di windows agak berbeza dengan fedora. tapi memandangkan aku da berkeje dalam bidang IT terutama dalam bidang development skarang nie so aku mengunakan fedora 10. hehehe... mula2 memang agak rasa menyusahkan tp atas berkat aku pernah menggunakan ubuntu so bleh la sket... Contohnya nk dengar lagu, nk buat editing image, nak taip surat sume payah. Tapi bila aku explore dlm sebulan baru aku nampak kebaikan kelebihannya berbanding PC. Ramai yg xtau.. Ini terbukti bila aku run lebih 30 softwere n run 3 web browser ianya berjalan seperti biasa tanpa gangguan "hang" seperti windows yg manja.. Lg satu, di fedora nie ade konsep workspace. kt sini kite bleh bukak workspace yg banyak untuk memastikan kerja kita teratur dan xbagi ruang kerja kite nampak besepah..

Elimen yg paling menarik ianya adalah bebas virus tidak seperti windows. Bagila ape jenis virus pon kt fedora pasti ianya menangis.. uhuk uhuk.. Mari kita berfikir sejenak.. Mereka yg pro-windows pasti akan berkata cari la antivirus. Pasti anti virus memerlukan duit kan. xkisah la yg pirate ke yg ori pasti menggunakan duit. Pastu ade plak cakap gunakanla crack. Hehehe.. kalau nak tau, crack la tempat pembiakakn virus yg subur. kalau ada antivirus pon kite kena sentiasa update. klo xupdate ape gunanya? btul x? Masalah buat mereka yg xda internet plk kan.

Selain dari kelebihan yg aku gtau dari ade lg kelebihan yg pasti smue suka faktornya. Iaitu ianya percuma dan free. heheh.. Ape slhnya cuba kn. bukan guna duit pon. Kalau ade sesiapa yg berminat, bleh la ke website fedora:http://fedoraproject.org/ dan ade pilihan untuk anda download file iso dan burn dlam cd ataupon oder cd secara percuma. kene bagi alamat dan tunggu la dlm sebulan untuk penghantaran.. xsalah aku dah nk kuar versi 10.. aku pakai skarang nie yg terbaru la.. hehehe... untuk mendapt keterangan lebih layari la website tu.. Ape2 hal leh contek aku kalau nk tanye ape2.. mari lah kita ramai2 support open source bkn Microsoft yg da kaya-raya pasal kita support diorg yg da curi banyak idea dari linux and unix nie...


Sehari di Planetarium Negara..

1 comments
Hi semua... erm... ari nie kira aku xde wat pape dalam kul 2 aku pun bertolak la ke pejabat kesihatan DBKL di Maluri tuk ke Planetarium Negara untuk melihat Gerhana Matahari separa... fuh best gak ar gi sana penat melayan kerenah bebudah junior aku nie... kira diorg nie satu kepala ngan aku ngan shah gak la... masuk air gak diorg nie... hihihihi...

erm... nie aku de letakkan link kat bawah nie tuk sape2 nak melihat gambar2 yg aku snap... x lupa gak la cradit anis kalau aku x silap nama la..

planetarium

Selasa, 20 Januari 2009

Who I'd like to meet:

0 comments
sesiape je la... kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.... kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir.... kata nenek, KAWAN 2 bak bulan dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana.... kate sedara, KAWAN 2 mcm makanan, KAWAN makan KAWAN!!!! kata abg, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata.... Kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tapi sedap dimakan.... kata aku, KAWAN tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH,UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR,BAK BULAN,SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!! dia tetap KAWAN.. tau tak sebab ape?? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia tetap kawan aku.... ..

Ahad, 18 Januari 2009

Prostar

1 comments


erm...
tahniah kawan2 kerana telah menjayakan satu program usahasama bersama ahli jawatan kuasa masjid Al-Ikhlasiah di kawasan kerinci semalam...
best siot... hihihihi...
Nama progam adalah "Mari Mengimarahkan Masjid" aku pon lupe la tapi cam tu la kiranya, nie aku ade link tuk sape2 nak meng amati gambar ketika kami mengadakan program di sana...


Prostar

Rupa baru Bima Sakti

0 comments

Baru-baru ini, para saintis telah pun mengumumkan (bukan harga minyak baru...) bentuk terkini galaksi Bima Sakti yang kita duduki sekarang.

Sebelum ini, kita sering diberi gambaran bahawa Bima Sakti merupakan sebuah jenis galaksi berpusar (spiral) dan mempunyai 4 atau lebih lengan-lengan disekelilingnya.

Masalah yang terpaksa dihadapi oleh para saintis ialah begitu banyak debu-debu di angkasa yang menghalang cahaya yang datang dari bintang-bintang yang berjauhan dari bumi.

Namun apabila kaedah baru digunakan untuk mencerap kedudukan bintang-bintang ini dilakukan, didapati Bima Sakti merupakan sebuah galaksi yang tidak kompleks. Ia hanya mempunyai 2 lengan utama dan 2 lengan kecil.

Kumpulan saintis yang diketuai oleh Robert Benjamin, dari University of Wisconsin, menggunakan data dari tinjauan gelombang pertengahan inframerah teleskop angkasa Spitzer untuk menghasilkan peta terbaru galaksi kita. Untuk pengetahuan semua, gelombang pertengah inframerah amat sesuai untuk digunakan kerana ia boleh menembusi debu dan habuk dengan berkesan.

Lengan-lengan Bima Sakti diberi nama berdasarkan kawasan buruj di langit, lengan Sagittarius, lengan Scutum-Centaurus, lengan Perseus dan lengan Norma. Kajian menunjukkan bilangan bintang-bintang bertambah banyak di kawasan lengan Scutum-Centaurus, tetapi tidak bertambah bagi lengan Sagittarius dan Norma.

Selain dari itu, lengan Scutum-Centaurus bersambung dengan sempurna dengan 'palang sentral' Bima Sakti. Bima Sakti tidak mempunyai pusat galaksi yang bulat , tetapi ia berbentuk palang/silinder (cuba lihat ilustrasi).

Maklumat lanjut boleh dicapai di http://www.skyandtelescope.com/news/home/19599619.html

Gerhana Matahari Separa di Malaysia pada 26 Jan 2009

1 comments

Dalam masa 7 hari lagi, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.

Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.

(Foto di sebelah merupakan contoh keadaan Gerhana Matahari Separa)

Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.

Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.

Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.

Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

National Eclipse Tracking Team (NETT) akan menghantar delegasi ke bandar Anyer, Indonesia untuk fenomena Gerhana Matahari Cincin pada 26 Januari 2009 nanti. InsyaAllah saya sendiri akan turut serta rombongan ke sana, sebagai 'build-up' kepada ekspedisi ke Hangzhou untuk Gerhana Penuh Matahari pada 22 Julai nanti! Perbincangan lanjut eskpedisi ini ada di Forum.


Kaedah untuk mencerap gerhana ini boleh rujuk kepada artikel rasmi dari ANGKASA (versi BM dan versi Eng).

Cuba hubungi kelab atau unit falak berdekatan untuk mengetahui aktiviti cerapan Gerhana Matahari separa nanti. Setakat yang saya tahu, di Planetarium Negara ada aktiviti, begitu juga di Kuala Terengganu yang mana Unit Falak UDM akan terlibat.

Rabu, 14 Januari 2009

hari pertama masuk kerja...

1 comments
01/12/2008
hari nie macam biasa la aku dok umah bosan. aku pun bersiap la nak ke kolej lepak sana and aku nak betulkan pc MPP yg penuh ngan virus. tengah aku dok membelek pc tu tiba2 aku dapat la satu panggilan dari unit IT kolej. aku pon agak hairan la pasal pe. aku ingatkn diorg nak marah aku la ubah OS pc mpp tu dari Windows XP kepada Ubuntu. aku pelik pasal diorg suh aku pakai kemas2.. aku pun turun la ngan baju yg agak selekeh sket xkan la aku nak balik plak tukar baju. rupenye ade org nak interview aku keje.. so aku pon di bawa la ke office kat komplek maluri kat belakang jusco maluri..

02/12/2008
pada hari nie aku mula berkerja sebagai Development Executive kat Abyres Sdn Bhd. biasa la mula2 keje nie aku x tau pe lagi nak wat dok mengelamun la aku kat situ.. hehehe.. bos kata memng cam nie bila time de keje baru dok sebok sket sampaikan nak makan pon x sempat.. bg aku ok la aku nie x kesah sangat la pasal makan tu...
erm...


p/s: walau pun da lambat tapi aku ingat macam2 bende terjadi kat aku pada taun 2008 nie... de yg sedeh and yg seronok..
tapi aku x boleh melupakan pd 24/10/2008 pasal masa nie aku sgt2 sedeh.. tp xpe la aku terima seadanya..
Photobucket

-:My Personality:-

Click to view my Personality Profile page
 

Copyright 2010 All Rights Reserved DevilM@yCry by ナスルン