Ahad, 5 Oktober 2008

antologi rumput dan kasih sayang...

0 comments

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Ramadhan itu milik kita..

0 comments
Sedar tidak sedar sudah hampir setengah bulan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Sepanjang bulan ini sejak dari awal lagi semestinya kita tidak melepaskan peluang keemasan yang berharga ini untuk memperbanyakkan amalan-amalan. Beruntunglah bagi orang yang menggunakan masa ini sebaiknya untuk meningkatkan amalan-amalan mereka samada yang wajib ataupun yang sunnah..

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda.

Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi."
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)


Jadi apakah sebenarnya tujuan kita berpuasa?? Secara jelasnya al-Quran menyatakan tujuan berpuasa yang hendak diperjuangkan adalah untuk mencapai ketaqwaan atau la'lallakum tattaqun. Dalam rangka memahami tujuan tersebut perlu digariskan beberapa penjelasan dari Nabi S.A.W " Banyak di antara orang yang berpuasa tidak memperoleh sesuatu dari puasanya kecuali lapar dan dahaga. Ini bermakna bahawa menahan diri dari lapar dan dahaga bukan tujuan utama dari puasa ini. Ini dikuatkan lagi dengan firman-Nya bahawa " Allah menghendaki untuk kamu kesenangan bukan kesusahan"

Puasa merupakan satu ibadah yang unik. Tentu saja banyak segi keunikan puasa yang dapat dikemukakan, misalnya bahwa puasa merupakan rahsia antara Allah dan pelakunya sendiri. Bukankah manusia yang berpuasa dapat bersembunyi untuk minum dan makan? Bukankah sebagai insan, siapa pun yang berpuasa, memiliki keinginan untuk makan atau minum pada saat-saat tertentu dari siang hari puasa? Nah, kalau demikian, apa motivasinya menahan diri dan keinginan itu? Tentu bukan karena takut atau segan dari manusia, sebab jika demikian, dia dapat saja bersembunyi dari pandangan mereka. Di sini disimpulkan bahwa orang yang berpuasa, melakukannya demi karena Allah Swt. Demikian antara lain penjelasan sementara ulama tentang keunikan puasa dan makna hadis qudsi di atas.


Nabi Saw. bersabda, "Seandainya umatku mengetahui ( semua keistimewaan ) yang dikandung oleh Ramadhan, nescaya mereka mengharap seluruh bulan menjadi Ramadhan."

Rabu, 13 Ogos 2008

Di sebalik airmata wanita…

0 comments
“Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”


Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

bersyukurlah dilahirkan sebagai wanita…
tambahlah bersyukur dilahirkan sebagai wanita Muslimah…

Isnin, 23 Jun 2008

hati

0 comments
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya .

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

MAAFKAN SAYA SEKIRANYA SAYA PERNAH MENINGGALKAN KESAN BERLUBANG DI DINDING HATI ANDA. SEMAKIN UMUR SAYA BERTAMBAH, SIFAT KESABARAN PUN MAKIN MENINGKAT......DAN DAPAT BERFIKIR BAIK DAN BURUK SEBELUM MEMBUAT SESUATU KERJA......AMIN".

Jumaat, 20 Jun 2008

SeptAct Enterprise Brainstorming...

0 comments


Mmm... aku baru balik dari memecahkan kepala tuk wat profile pasal syarikat aku ngan rakan sekerja aku.. nak pecah kepala gak la aku rasa sekali ngan penat otak aku nak pk pasal undang2 la pe la macam2 la nak kene tau rupenye bila nak bukak syarikat nie.. aku ingat senang la rupenye susah.. Mmm... sambil aku memecah kepala kat Nur Lembah Pangsun tu aku tukar2 pendapat, belajar dan macam2 lagi la pasal photography nie... siap wat sesi photography lg.. hehehe... siap ade la salah sorg jd model... hihihi...

Selasa, 20 Mei 2008

-:Friends:-

1 comments
kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.... kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir.... kata nenek, KAWAN 2 bak bulan dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana.... kate sedara, KAWAN 2 mcm makanan, KAWAN makan KAWAN!!!! kata abg, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata.... Kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tapi sedap dimakan.... kata aku, KAWAN tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH,UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR,BAK BULAN,SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!! dia tetap KAWAN.. tau tak sebab ape?? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia tetap kawan aku....

Ahad, 4 Mei 2008

Air mata Mutiara

0 comments
Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengeluh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembek. "Anakku," kata sang ibu sambil bercucuran air mata, "Tuhan tidak memberikan pada kita, bangsa kerang, sebuah tangan pun, sehingga Ibu tak bisa menolongmu." Si ibu terdiam, sejenak, "Aku tahu bahawa itu sakit anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan nyeri yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang bisa kau perbuat", kata ibunya dengan sendu dan lembut.

Anak kerang pun melakukan nasihat bundanya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit terkadang masih terasa. Kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. Tetapi tanpa disadarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar.

Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, utuh mengkilap, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna. Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.

Cerita di atas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahwa penderitaan adalah lorong untuk menjadikan "kerang biasa" menjadi "kerang luar biasa".

Karana itu dapat ditegaskan bahwa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah "orang biasa" menjadi "orang luar biasa".Banyak orang yang mundur saat berada di lorong tersebut, karana mereka tidak tahan dengan cubaan yang mereka alami. Ada dua pilihan sebenarnya yang biasa mereka tempuhi: menjadi `kerang biasa' yang disantap orang atau menjadi `kerang yang menghasilkan mutiara'. Sayangnya, lebih banyak orang yang mengambil pilihan pertama, sehingga tidak menghairankan bila jumlah orang yang berjaya lebih sedikit daripada orang yang `biasa-biasa saja'.

Mungkin saat ini kita sedang mengalami penolakan, kekecewaan, patah hati, atau terluka karana orang-orang di sekitar kamu cuba utk tetap tersenyum dan tetap berjalan di lorong tersebut, dan sambil katakan di dalam hatimu.. "Airmataku diperhitungkan Tuhan.. dan penderitaanku ini akan mengubah diriku menjadi mutiara." Semoga Anda Menjadi Kerang Yang Menghasilkan Mutiara………………………


Khamis, 1 Mei 2008

Matahari

1 comments
Kadang2 Allah SAW sembunyikan matahari kemudian datangkan hujan, kilat dan petir. kita menangis dan tertanya2 dimana hilangnya cahaya matahari. Rupa-rupanya Allah SAW hendak hadiahkan kita pelangi yang cantik........

Selasa, 29 April 2008

Controlling Nervousness

0 comments
On many occasions I meet people who come up to me and express how nervous they are when meeting people and when conducting presentations.

Dear Friends, being nervous is NORMAL. That means if you are not nervous, you are not normal lah! :)) Seriously. Even I get nervous when I am conducting programs in front of crowds......it's just that I move so fast on stage that you hardly noticed how much I shake! ;)

Being nervous is God's way of telling you, "YOU STILL NEED ME!" :) You may be the best speaker in the world, but you can't do a thing without His Blessings, yes?

So accept the fact that being nervous is normal. Redha (Acceptance). Only after you accept that fact can you only move on to control it :)

The first step in controlling nervousness is to put it in your mind that the person or persons in front of you has two hands and two legs just like you (and anything less is still acceptable too!); so why be nervous? ;)

But if the person or persons in front of you has more than two hands and two legs, has a tail waving behind their backs, 4 heads with horns, I would suggest you run away in fear too!

So Number 1, the person in front of you is physically just like you. Even if he has a "Dato" or a "Dr." in front of his name, he still has two hands and two legs like you. So be cool :)

Now, if this person or persons in front of you were friends, would you still be just as nervous if you were facing strangers? Hardly.

So the second step is to make friends with your audience. If you are to do a presentation, minggle and make friends with members of your audience BEFORE you get up on stage to present. For one-to-one communications, take time to find anything in common between you and the peron you are speaking to before you indulge in any subject matter with him/her. I believe, when there is something in common between you and me, we easily get attracted to one another. I do not believe in opposites attract; we are not magnets, we are human beings! :)

For those of you who have been in my class before, SALAM MESRA is the way to go (and for those of you who've yet to be in my class, choose to be in my class lah!).

Now that you have accepted the fact that nervousness is normal, the person in front of you is just like you and that you are only talking to friends, you will be able to present yourself easily, yes? Of course you can :)

Remember, to be nervous or to be confident is a CHOICE. My Choice :) So choose to be confident lah ;)

Take care. Take Charge! Stop Bangau-ing ;)

Stop BANGAU-ing!

0 comments
Do you know how we sometimes find excuses and blame when things do not go our way? Well, I've found an effective cure for that ;) and it's called STOP BANGAU-ing! :)

(For those who don't know what a 'bangau' is, some people call it a stork, or a crane, or flamingo.....) you get the idea ;)

Remeber that rhyme we use to learn when we were small, "Bangau oh Bangau, kenapa engkau kurus"? Translated, it sounds something like this: "Bangau oh Bangau, why are you so thin? I am so thin because the fish will not come come up (i.e. surface). Fish, why did you not come up? Because the grass is too long. Grass, why are you too long? Because the buffalow did not eat me. Buffalow, why did you not eat the grass? Because I had a stomach ache. Stomach, why did you ache? Because I ate rice which was not cook well......." and so the story goes. As we can see how we tend to push blame and finger point.

So stop BANGAU-ing! Everytime you give an excuse, you are bangau-ing ;) Stop finger-pointing because that's bangau-ing too!

Sometimes we give excuses for every single thing that we did not do or did not get.....for example, if someone were to ask, "Why did you come in late?" some of use would answer, "Traffic Jam!" (BANGAU!)....."Why didn't you complete your assignment in time?" some would answer "Oh, I had to take care of my sick mother" (BANGAU! again.....you just bangau-ed you mother!)....."Why didn't you buy that car you wanted?" some would answer, "Takde rezeki!" (BANGAU! Saper yg bagi rezeki? TUHAN of course! So sanggupkah kita membangau TUHAN?? Nau'zubillah!)

Every Moment is A Choice, kan.....and Every Choice is MY Choice. So stop bangau-ing lah ;) Take Charge! Be responsible. Kalau salah just say sorry and make up for it. That's what I mean by being responsible......stop giving excuses. Do something about it. Solve the problem. Act ;)

Bangau-ing will only limit our posibilities and potential. I've heard some people say that they do not have the confidence when doing publice speaking or class presentations....and when I ask what's stoping them from being confident, they would give all sorts of bangaus! Malulah, don't know what to say lah, the audience might walk out lah, trembling lah.....etc. etc. seribu satu bangau :)) Padahal, they know what ever reasons or excuses (i.e. bangau) they give can be solved and that there are many choices/ways to solve the respective problem. JUST CHOOSE LAH! SOLVE IT LAH! Usah lah membangau lagi! Just get it done and move on.

Selagi we dok membangau je, we will never move on to better things and be better human beings. So the next time an excuse develops in your mind, just say STOP BANGAU-ING! and TAKE CHARGE! :)

RIZAL said :)

kecantikan lelaki, kegagahan wanita

0 comments
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

10 Perkara lelaki patut lakukan kpd teman wanita sdg period

0 comments
1. Hadiah coklat kepadanya. pasti si gadia gembira menerimanya. sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu
2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. peranan lelaki perlu lebih meahami pasangannya. ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu
3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinbta dan pujinya cantik lebih-lebih.
4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.
5. kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengunkit dia makan kek brownies semalam.
6. sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.
7. jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kami masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara
8. Adakah lebih baik kamu pelajri kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.
9. bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.
10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia baka meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita Kotex soft & smooth Overnight kerana ia pilihan tepat..
ahaksss...(-_^)

Rabu, 23 April 2008

exam mode

0 comments
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... tulun minggu dpn da nak exam...

Rabu, 16 April 2008

ArtWork..

0 comments


mmmm... nie salah satu gambar yg aku ambil masa aku g pangkor nie... pemandangan waktu pagi... rasa cam x caye je...

Selasa, 15 April 2008

Berdasarkan Kajian

0 comments
Berdasarkan Kajian 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH org yg lahir pada bulan JULAI
Sangat seronok didamping // Banyak berahsia dan sukar utk mengerti
terutamanya lelaki //
Agak pendiam kecuali diransang // Ada harga dan maruah diri // Tak
suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan //
Mudah dipujuk dan bercakap lurus // Sangat menjaga hati orang lain //
Sangat peramah // Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya //
Berjiwa sentimental // jarang berdendam // mudah memaafkan tapi sukar
melupakan // tidak suka benda remeh-temeh // membimbing cara fizikal
dan mental // sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang //
layanan yg serupa dgn semua orang // tinggi daya simpati //
pemerhatian yg tajam // suka menilai org lain dgn pemerhatian //
mudah dan rajin belajar // suka muhasabah diri // suka mengenangkan
peristiwa atau kawam lama // suka mendiamkan diri // suka duduk di
rumah // suka tunggu kawan tapi tak cari kawan // tak agresif kecuali
terpaksa // lemah dari segi kesihatan perut // mudah gemuk kalau tak
kawal diet // minta disayangi // mudah terluka hati tapi lambat
pulih // terlalu mengambil berat // rajin dalam membuat kerja

Rabu, 9 April 2008

My personality info

0 comments
Click to view my Personality Profile page

Extraverted (E)

Extraversion is a preference to focus on the world outside the self. Extraverts enjoy social interactions and tend to be enthusiastic, verbal, assertive, and animated. They enjoy large social gatherings, such as parties and any kind of group activity. Extraverts are likely to enjoy time spent with people and find themselves energized by social interaction.

Extravert Characteristics

* Gregarious
* Assertive
* Talkative
* Social/outgoing
* Likes groups, parties, etc.
* Energized by interaction
* Expressive & enthusiastic
* Volunteers personal information
* Distractable
* Has many friends
* Easy to approach

Extraverted Personality Types

* Overseer
* Persuader
* Supporter
* Entertainer
* Chief
* Originator
* Mentor
* Advocate


Intuition (N)

Intuition refers to how people process data. Intuitive people focus on the future and the possibilities. They process information through patterns and impressions. They read between the lines, they are abstract thinkers.

Intuitive Characteristics

* Future-focused
* Sees possibilities
* Inventive
* Imaginitive
* Deep
* Abstract
* Idealistic
* Complicated
* Theoretical

iNtuition Personality Types

* Chief
* Originator
* Mentor
* Advocate
* Strategist
* Engineer
* Confidant
* Dreamer


Feeling (F)

Feeling refers to how people make decisions. Feeling people are subjective and make decisions based on principles and values. They are ruled by their heart instead of their head. Feeling people judge situations and others based on feelings and extenuating circumstances.

Feeling Characteristics

* Decides with heart
* Dislikes conflict
* Passionate
* Driven by emotion
* Gentle
* Easily hurt
* Empathetic
* Caring of others
* Warm

Feeling Personality Types

* Supporter
* Entertainer
* Mentor
* Advocate
* Defender
* Artist
* Confidant
* Dreamer


Perceiving (P)

Perceiving is the preference outwardly displayed. Perceiving people are flexible, like to keep their options open and think randomly. They like to act spontaneously and are adaptable. Perceivers like to keep things open ended.

Perceiving Characteristics

* Adaptable
* Relaxed
* Disorganized
* Care-free
* Spontaneous
* Changes tracks midway
* Keeps options open
* Procrastinates
* Dislikes routine
* Flexible

Perceiving Personality Types

* Persuader
* Entertainer
* Originator
* Advocate
* Craftsman
* Artist
* Engineer
* Dreamer

Selasa, 1 April 2008

terengganu... in memory...

0 comments
banyak memory aku kat sana... walau pon aku nie agak kesorgan kat sana coz aku call org yg aku sayang x angkat... aku rasa macam aku nie x guna je masa tu... nasib la ade kawn yg masa gi sana agak melucukan hai aku... kurang la gak rasa suram aku kat sana... balik plak train abis plak... mintak tlg member amik plak die bg alasan yg aku tak bleh terima plak... cukup la ku mintk tlg skali tu je la... bukan aku nak mengunkit tp kalau die mintak tlg kat aku aku tlg la gak.. tp aku 2 kali mintak tlg kat die 2 kali tu gak hampa... mmm... xpe la aku nye credit masa tu pon xde aku pon jalan kaki la... dgn hati yang agak panas gak la... tp aku senyap....

Rabu, 26 Mac 2008

PUTING BELIUNG DI JURONG, SINGAPURA: Maha Suci Allah..

0 comments







MEMANG BENAR.. CINTA ITU BUTA..

0 comments
Seorang lelaki buta memasuki sebuah retoran. Amin, pemilik restoran berkenaan pergi ke arah lelaki buta itu dan menghulurkan menu. 'Encik, saya kan orang buta, saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang telah digunakan oleh pengunjung restoran ini, dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya akan tau masakan apa yang enak untuk dipesan,' kata lelaki buta.

Amin pun mengumpulkan beberapa puluh batang sudu yang belum dibasuh dan berikannya kepada lelaki tersebut. 'saya nak ikan patin masak asam, daging goreng kicap dengan sayur keladi masak lemak cili padi,' kata lelaki buta itu selepas mencium sudu-sudu berkenaan satu persatu.

Terkejut Amin, memang ketiga-tiga masakan itu adalah menu kegemaran para pengunjung restorannya! Beberapa hari kemudian lelaki buta itu datang lagi dan meminta untuk mencium sudu-sudu yang sudah digunakan. Masalahnya ketika itu hanya tinggal sebatang sudu saja yang telah digunakan untuk makan menu lainnya.

Amin pun berikan sudu itu kepada lelaki buta tersebut. 'Bau sudu yang ini sedap juga, seperti baru digunakan untuk makan kerabu sotong dengan sayur kailan dan ikan siakap tiga rasa...' kata lelaki buta.


Tepat sekalli! Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula kerestoran Amin beberapa hari kemudian. Bagaimanapun, dia dattang pada waktu pagi sebelum ada seorang pun pengunjung yang datang. Ketika itu juga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu oleh lelaki buta.

Tiba-tiba Amin terfikir untuk mengenakan lelaki buta itu. Dia pun pergi ke dapur dan menghampiri isterinya yang menjadi tukang masak di restoran itu. Amin berikan sebatang sudu dan berkata, 'Yati,garu sudu ni kat ketiak awak tu.'

Isterinya, Yati terkejut. 'Apalah abang ni, mengarut aja!' kata Yati ,tidak paham. 'alah... ikut ajalahhhh, untuk kemajuan restoran kita ni,' balas Amin, terus memaksa. Mahu tidak mahu, Yati menenyeh dan menggonyoh-gonyoh sudu tersebut di celah ketiaknya yang berpeluh.

Amin membawa sudu tersebut kepada lelaki buta yang sedang duduk menunggu. Lelaki buta itu pun mencium sudu berkenaan. Hidungnya kembang kempis. Mukanya berubah.

Tiba-tiba lelaki buta itu menoleh ke arah Amin dan berkata....' Saya tak sangka makwe lama saya, Yati bekerja di sini. Boleh saya jumpa dia, encik?' Muahahahhahahah. ...!!! kan cinta itu buta...
Sekadar mengembalikan senyuman di hari anda.. ini bukan kisah benar dan tidak ada yang kena mengena dengan yang sedang hidup, mahupun yang telah pergi..

Ahad, 23 Mac 2008

Aaaaaa...tidak!!!

0 comments
start hari nie aku start bz bz bz... Aaaargh!!!!
start nak study, start nak wat project yang tak siap lagi...
:( penat, penin, dan macam2 lagi ade...

Sabtu, 22 Mac 2008

Hahaha...

0 comments
macam ape yang aku katakan semalam... memang aku penat giler... aku baru je sampai umah nie... penat seh.. tangkap gambar punye penangan... tapi takpe aku enjoi tangkap gambar.. biasa la layan bebudak yang panggil sini sana suh aku tangkap gambar... (:|

Jumaat, 21 Mac 2008

mmm

0 comments
mmm... ari nie ade tounament boling kolej pastu diner plak... penat aku ari nie nampak gayanye...
From Galary

Mmmm...

0 comments
"Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up" ~Thomas Adison~

kata2 nie menjadi sebagai panduan aku.. biar la org nak kata ape kat aku pon kata la.. janji aku da usaha...

Bulan ini aku jd Sengal...

0 comments
Mmmm... manenye tak sengal, banyak giler assaigment pastu plak dengan aktiviti yang tak berhenti-henti dari awal taun sampai la skarang... da la awal bulan haritu moto aku wat hal.. terbang duit aku dalam RM150 pastu bayar duit umah lagi semuanye da abis dalam RM130.. campur dua tu da berape da.. aku kira-kira la balik skarang duit aku tu mane pegi aku pon tak tau la tu pon kira nasib baik la aku kira tu pon pasal aku tengah sengkek gila skarang nie... nak makan pon kene jaga-jaga... nie plak banyak lak assignment yang tak siap lagi... aku tak salahkan org lain aku salahkan diri sendiri la jugak coz x pandai nak manage diri sendiri... nasrun utamakan diri sendiri tu dulu jangan utamakan kawan... Ting!!! aku membangaukan diriku sendiri plak... hihihihi... ok arios...

P/S: aku penin pasal aku tak sihat skarang nie... lagi pon aku rindu kat seseorang yang aku sayang...

NAH NIE LAGU YANG PALING AKU SUKA... COZ LIRIK DIE SANGAT MENDALAM

Berdasarkan Kajian 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH

0 comments
Org yg lahir pada bulan JULAI
Sangat seronok didamping // Banyak berahsia dan sukar utk mengerti
terutamanya lelaki //
Agak pendiam kecuali diransang // Ada harga dan maruah diri // Tak
suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan //
Mudah dipujuk dan bercakap lurus // Sangat menjaga hati orang lain //
Sangat peramah // Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya //
Berjiwa sentimental // jarang berdendam // mudah memaafkan tapi sukar
melupakan // tidak suka benda remeh-temeh // membimbing cara fizikal
dan mental // sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang //
layanan yg serupa dgn semua orang // tinggi daya simpati //
pemerhatian yg tajam // suka menilai org lain dgn pemerhatian //
mudah dan rajin belajar // suka muhasabah diri // suka mengenangkan
peristiwa atau kawam lama // suka mendiamkan diri // suka duduk di
rumah // suka tunggu kawan tapi tak cari kawan // tak agresif kecuali
terpaksa // lemah dari segi kesihatan perut // mudah gemuk kalau tak
kawal diet // minta disayangi // mudah terluka hati tapi lambat
pulih // terlalu mengambil berat // rajin dalam membuat kerja

Diri aku sendiri...

0 comments
" aku ada ruang sendiri. dewasa adalah aset aku, ceria selalu hingga ke tahap maksimas. terbang bersama aku. jangan tuduh aku jahat sebelum kenal. aku tahu apa yang aku buat. tapi korang takkan pernah tahu! Hidup ini mesti bebas. makan, minum, bermain.... atau jangan buat apa-apa! ini adalah kehendak termaksimas aku..... Tapi dihujungnya pasti ada sempadan. ingat itu...."

-:My Personality:-

Click to view my Personality Profile page
 

Copyright 2010 All Rights Reserved DevilM@yCry by ナスルン