Rabu, 8 Februari 2012

Tips Shooting Outdoor Photography

0 comments

Tangkap gambar outdoor ni cantik sebenarnya.Gambar pemandangan mahupun gambar potrait, part warna dia yang best tu.Naik semacam.Tapi part yang susah sikit bila kena bayang-bayang terutamanya time matahari terik.Nanti gambar jadi macam ni

Perasan tak ada bayang-bayang daun,ranting dan pokok pada muka subject.Isy2.Tak cantik macam ni.

Solution Pertama:

Cara yang senang sikit,orang pakai reflector lah.

Yang mana terlindung dengan bayang-bayang pada model tu, boleh lah kita cover dengan reflector.Dia pantul balik cahaya kena dekat model.Nampak natural sikit. Nak tengok beza pakai reflector tak?

Gambar kat atas tu saya ambil dari istock.Cute sungguh!

Orang sekarang suka buat outdoor wedding shoot kan. Memang nak lah pada benda ni.Senang kerja. Reflector ada 5 warna yang ada fungsi-fungsi dia sendiri.Kita explore lah nanti baru nampak bezanya.Kalau nak cari reflector, cari yang boleh lipat dan biarlah ada beg dia sekali.Sebab benda ni kan kalau dah buka,mak aiihh.Pernahlah hari tu customer datang beli reflector ni dengan saya.Kitorang cuba-cuba buka nak test,fuh besar sungguh.

Solution Kedua:

Kalau model/subject menghadap matahari boleh tambah cahaya kan.Tapi nanti dia silau pulak.Terkebil-kebil jadi dia. Kat sini kita kena main dengan kedudukan angle. Try cuba bagi matahari tu 135 degree dari model kita.Sipi-sipi belakang.

Lukisan tak cantik tu biasalah kan.Haha!!

Itu sudut kalau tangkap gambar potret orang.Kalau tangkap gambar pemandangan seperti persekitaran rumah misalnya, disarankan biarlah matahari tu berada belakang kita pulak. Boleh naik contrast warna sekitar rumah tu seperti warna rumput dengan awan.Itulah penangan matahari.

Itu sahaja kali ini.Korang mesti ada buat outdoor jugak kan.Share lah cara korang pulak di bahagian komen ok!

Comments

0 comments to "Tips Shooting Outdoor Photography"

-:My Personality:-

Click to view my Personality Profile page
 

Copyright 2010 All Rights Reserved DevilM@yCry by ナスルン