Selasa, 8 November 2011

MERDEHEKA KAH KITA?

0 comments
Tahun ini kita akan menyambut hari kemerdekaan serentak dengan hari raya aidilfitri bagi yang beragama Islam, insyallah. Kemerdekaan yang disambut sejak 54 tahun. Dalam jangka masa 54 tahun itu adakah kita benar-benar telah merdeka dari erti kata sebenar?Kebebasan dalam memilih sesuatu produk, dan adakah kita didedahkan kepada pilihan-pilihan yang ada dan adakah kita tahu kewujudannya?

Merdeka dalam definisi kamus Dewan bahasa dan pustaka edisi ke-empat adalah bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain; tidak bergantung pada yang lain; berdiri sendiri.

Mungkin ada yang kurang Percaya jika saya katakan yang kita masih belum merdeka. Datuk nenek kita dahulu sahaja merdeka. Apa sebab saya mengatakan demikian; Kita ambil contoh sabun chap daki. Setiap hari kita lihat berulang-ulang kali produk sabun chap daki selalu terpampang di dada-dada akhbar dan kacamata televisyen. Satu situasi apabila anda pergi kekedai untuk membeli sabun, kebarangkalian sabun chap daki untuk anda beli adalah tinggi. Kerana apa?kerana anda selalu melihat iklan chap daki, dan mengganggap apa yang anda selalu tengok itu adalah bagus.

Yang cuba saya katakan ialah media boleh menjadi sebab mempengaruhi sesuatu kelakuan atau perbuatan semasa kita dalam keadaan tidak kita sedari. Cuba fikir kenapa waktu-waktu prima iklan di telivisyen antara pukul 7 malam hingga 11 malam adalah produk-produk yang selalu kita gunakan.

Sedara pembaca sekalian kita sebenarnya dimanipulasi oleh pihak media dengan iklan-iklan yang mencemar tingkah laku dan perbuatan asal kita. Tak menjadi kesalahan jika produk itu benar-benar bagus, yang menjadi kesalahan ialah produk itu tidak berkualiti.

Sama juga halnya dengan perisian-perisian yang kita gunakan semasa di universiti atau sekolah. Kita(pelajar) seakan-akan diberi keistimewaan khas oleh pihak pengajar* untuk menggunakan perisian-perisian cetak rompak atas alasan untuk pembelajaran(acedemic purposes). Pada hemat saya ini adalah salah satu langkah yang kurang bijak kerana ia menyebabkan tiada keberkatan dalam pelajaran tersebut. Sepatutnya, para pengajar patut membelikan perisian tersebut yang asli. Jika mereka tidak mahu, sepatutnya mereka berusaha mencari alternatif lain seperti mengesyorkan mereka pada perisian percuma atau sumber terbuka, bukannya dengan mengalakkan penggunaan perisian cetak rompak.

Pembaca Melayubuntu, saya yakin anda boleh bebas merdeka dari segi fikiran, kerana seseorang yang gemar mencuba sesuatu yang baru mempunyai kapasiti untuk menerima sesuatu yang baru dengan lebih mudah. Jadilah orang merdeka yang sebenar-benarnya merdeka, bukan hanya laungan merdeka!3x mebuatkan anda merdeka, tetapi jiwa anda, fikiran anda mestilah merdeka daripada anasir-anasir luar jahat yang sentiasa menginginkan kehancuran sebuah bangsa yang disegani, dicemburui, yang dihilangkan daripada sejarah atas sebab-sebab yang anda perlu cari dan gali sendiri.
*shimgeek menyanjung tinggi profesion para pengajar, yang ini cuma berlaku dalam kes-kes terpencil sahaja 'kot'.

Comments

0 comments to "MERDEHEKA KAH KITA?"

-:My Personality:-

Click to view my Personality Profile page
 

Copyright 2010 All Rights Reserved DevilM@yCry by ナスルン