Selasa, 20 Disember 2011

TAKUT

0 comments

1. Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita.

2. Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil.

3. Ramai kita orang Melayu percaya ada manusia yang mempunyai kelebihan tertentu – mampu meresap, menghilangkan diri. Dan kita takut kepada mereka ini.

4. Semasa saya kecil saya dengar kononnya orang Siam mempunyai “ilmu” tertentu. Mereka bukan sahaja boleh meresap tetapi mereka kebal dan tidak boleh ditikam. Ada yang berkata tembak dengan peluru pun tak tembus. Mereka juga boleh membuat perempuan gila kepada mereka.

5. Di Kedah peperangan sering berlaku dengan Siam (Thai) di zaman dahulu. Tentera Sultan amat takut kepada askar Siam. Mereka yakin mereka tidak boleh kalahkan tentera Siam kerana mereka itu kebal, boleh meresap. Kononnya kadang-kadang mereka boleh terbang dan tiba-tiba berada di belakang.

6. Maka anggota pasukan Melayu pun baca doa macam-macam. Namun mereka tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Belum pun bertempur dengan pasukan perang Siam, mereka sudah yakin mereka akan kalah.

7. Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.

8. Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu.

9. Demikian apabila kita takut dengan “bayang-bayang” kepercayaan kita sendiri. Adalah mustahil sesiapa boleh kebal, atau meresap (menghilangkan diri). Sedangkan Nabi tidak kebal dan luka dalam peperangan Jabal Uhud, apakah Tuhan memberi kelebihan kepada musuh orang Melayu dan orang Islam.

10. Mungkinkah ada makhluk yang berkuasa seperti Allah s.w.t. Sekarang ada orang kebal apabila memakai baju kalis peluru. Tetapi askar Siam di zaman dahulu tidak pakai baju kalis peluru. Jika mereka ditikam atau ditembak mereka akan cedera dan akan mati. Tetapi mereka kebal kerana dengan ketakutan kita, kita tidak terdaya menikam atau menembak mereka. Kalau tembak pun, kerana gigil dalam ketakutan, peluru tidak kena sasaran. Ini kononnya bukti mereka kebal.

11. Tetapi ini cerita lama. Apa guna saya bangkit perkara ini. Sebabnya saya masih dengar askar kita ada menghadapi orang yang berpakaian serba putih yang boleh terbang. Dan mereka jadi takut. Apabila askar diserang ketakutan, mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas mereka.

12. Kita juga kerap mendengar cerita orang halus, toyol, hantu, pelesit dan berbagai lagi. Kes hilang akal (hysteria) kerap berlaku di kalangan murid perempuan Melayu di asrama.

13. Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.

14. Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.

15. Saya malu kenapa hysteria terjadi kepada anak Melayu yang semuanya beragama Islam. Agama kita menegah kepercayaan kepada makhluk yang mempunyai kuasa yang hampir dengan Allah s.w.t.

16. Diwaktu rusuhan kaum 13 Mei 1969, rami orang Melayu yang mencari ubat kebal. Di Alor Star terdapat seorang bomoh Indonesia yang kononnya boleh memberi kekebalan kepada sesiapa hanya dengan memasukan jarun “emas” ke dalam badan.

17. Saya pergi untuk melihat bagaimana bomoh ini dapat melakukan sesuatu yang ajaib. Seorang yang dikenali oleh saya telah “dirawat” dengan memasuk jarum “emas” kepada badannya.

18. Selepas ini dia diuji dengan ditetak oleh bomoh dengan pedang di belakangnya. Terlihat luka yang cetek yang berdarah sedikit sahaja walaupun ditetak dengan amat kuat.

19. Kemudian dia ditetak dibahagian perutnya. Luka yang sama di lihat. Dia kemudian memepak kaca lampu elektrik tanpa mulutnya berdarah.

20. Mereka yang lihat dan saya juga kagum dengan kekebalan beliau. Saya jemput supaya beliau datang ke klinik saya keesokan hari.

21. Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum kedalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.

22. Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal.

23. Tidak ada orang yang kebal. Mereka yang berjalan atas bara api dan dicucuk dengan besi tajam pun tidak kebal.

24. Dalam Islam ada jin dan iblis. Mereka merasuk fikiran kita supaya membuat apa yang dilarang. Dalam Islam tidak disebut tentang hantu, pelesit, toyol dan sebagainya. Semua ini berasas kepada kepercayaan di zaman pra-Islam.

25. Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.

26. Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.

27. Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan.

28. Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.

Rabu, 14 Disember 2011

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur

0 comments

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Rabu, 7 Disember 2011

22 Arahan Wireless dalam Terminal

0 comments
Arahan Berguna untuk Wireless Network - Debian Linux

Penerangan beberapa arahan Linux untuk wireless networking

1) iwlist scan --- tunjukkan wireless yang ada dalam kawasan yang mempunyai enkripsi mudah

2) lshw -C network --- tunjukkan kad interface dan driver bagi setiap peranti network

3) lspci -nn --- tunjukkan vendor PCI dan kod alat sebagai nombor dan nama bagi hardware yang bersambung dengan PCI bus

4) lsusb --- tunjukkan USB yang connected

5) lshw -C usb --- Info tambahan untuk yang berkaitan dengan USB(baik untuk USB dongle)

6) route -n --- Senaraikan kernel IP routing table : Baik untuk troubleshoot gateway

7) sudo route add default gw 192.168.1.1 --- Contoh untuk set gateway kepada 192.168.1.1

8) sudo route del default gw 192.168.1.1 --- Contoh untuk delete gateway default setting

9) sudo modprobe ***** --- Load modul kernel **** . (Contoh - sudo modprobe ndiswrapper, sudo modprobe r818x, sudo modprobe ath_pci)

10) sudo modprobe -r **** --- Unloades modul kernel ****. (Contoh - sudo modprobe -r ndiswrapper)

11) ifconfig --- Senaraikan alamat IP

12) sudo ifup/ifdown --- Jadikan interface up/down dan padamkan routing table untuk interface spesifik

13) sudo ifconfig up/down --- Jadikan interface up/down untuk interface spesifik

14) sudo dhclient --- Minta alamat IP daripada DNS server untuk interface spesifik

15) sudo dhclient -r --- Lepaskan alamat IP yang ada kaitan dengan interface spesifik

16) sudo iptables -L --- Senaraikan firewall rules

17) sudo iptables -F --- Padamkan firewall rules

18) dmesg | more --- Senaraikan log boot : Baik untuk troubleshoot masalah modul/driver tidak loaded

19) uname -r --- Paparkan versi kernel

20) /etc/udev/rules.d/70-persistent-net.rules --- Fail nama logical (eth0, wlan0, etc) kepada MAC addresses

21) cat /etc/resolv.conf ---Senaraikan DNS servers yang berkaitan dengan network connections (Network Manager)

22) /etc/dhcp3/dhclient.conf --- Fail untuk sets atau ubah dns (domain name servers)

Benarkah Linux Kebal?

0 comments
Adakah Linux Selamat?

Ini adalah salah satu slaid yang dipersembahkan di South LinuxFest oleh Mackenzie Morgan.- Masih terdapat ancaman seperti phishing, keylogger dan lain-lain yang boleh menembusi linux. Bukan bermaksud linux itu kurang selamat, kerana linux dibina berdasarkan multi user based, sedangkan windows dibina berdasarkan single user based. Cuma Berhati-hati...

Selasa, 6 Disember 2011

11 extension Firefox untuk Power Surfer

0 comments
Tidak dinafikan Firefox merupakan pelayar web yang semakin diminati ramai dari hari ke sehari. Permulaan Firefox adalah daripada netscape yang hampir ditutup disebabkan Windows ingin mendominasi pasaran internet. Sekaligus, Open Source atau sumber terbuka telah muncul daripada peristiwa tersebut maka lahirlah MusangApi atau nama melayunya Firefox.

Pengguna sekarang boleh memilih samada mereka perlukan pelayar yang pantas seperti Chrome atau Opera, yang simple seperti Safari tetapi kebanyakan masih menggunakan Firefox kerana ribuan extension atau Add-on yang ada.

Bagi yang selalu melayari Web seperti ShimG, berikut adalah extension yang wajib ada dalam Firefox anda.

1. All-in-One Gestures
Boleh lakukan Command dengan mouse gesture.

2. Video DownloadHelper
Dengan pengguna extension yang mencecah 7 juta, saya tak boleh tidak mesti masukkan extension ini. Boleh memuatturun dan menukarkan web video, juga audio dan galeri gambar.

3. Morning Coffee
Merekod rutin anda dan mengkompil mereka dalam tab harian.

4. NoScript
Tingkat sekuriti pelayar web anda dan hanya benarkan active content daripada laman web yang anda kenali.

5. Readable
Memudahkan anda untuk membaca blog atau berita online. Ia menukarkan teks di laman web kepada font, warna, dan latar belakang yang anda lebih suka.

6. Tab Scope
Preview dan navigate isi tab melalui popup.

7. TimeTracker
Anda ingin tahu berapa lama anda layari laman web? ia boleh merekod berapa lama anda gunakan internet. Tak payah susah-susah tengok jam.

8. IE Tab V2
Embed Internet Explorer ke dalam firefox. Kepada pembaca yang komen hari itu untuk saya carikan samada boleh gunakan active-X dalam Firefox. Tak tahu Maybank Share investment tu boleh guna tak sebab saya takde saham situ tetapi laman web lain boleh....

9. DownThemAll!
Download accelerator paling laju ShimG pernah guna. Yang bestnya ia built-in. Ia juga memudahkan anda mengkonfigurasi download anda; download prioriti, berapa laju, boleh check Md5sum kalau ini selalu guna untuk download ISO linux..heheh....tapi rekod paling lama download Hardy Heron dulu....3 hari, 2malam....maklumlah internet universiti, macam kura-kura...

10. Fasterfox
Meningkatkan kelajuan Firefox anda kepada 120km/j. (miles may vary)

11. AddThis
Lebih senang untuk share dan bookmark sesuatu. Dilengkapi semua web 2.0; FB, Twitter, Blogger dll.
Photobucket

-:My Personality:-

Click to view my Personality Profile page
 

Copyright 2010 All Rights Reserved DevilM@yCry by ナスルン