Selasa, 8 November 2011

MERDEHEKA KAH KITA?

0 comments
Tahun ini kita akan menyambut hari kemerdekaan serentak dengan hari raya aidilfitri bagi yang beragama Islam, insyallah. Kemerdekaan yang disambut sejak 54 tahun. Dalam jangka masa 54 tahun itu adakah kita benar-benar telah merdeka dari erti kata sebenar?Kebebasan dalam memilih sesuatu produk, dan adakah kita didedahkan kepada pilihan-pilihan yang ada dan adakah kita tahu kewujudannya?

Merdeka dalam definisi kamus Dewan bahasa dan pustaka edisi ke-empat adalah bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain; tidak bergantung pada yang lain; berdiri sendiri.

Mungkin ada yang kurang Percaya jika saya katakan yang kita masih belum merdeka. Datuk nenek kita dahulu sahaja merdeka. Apa sebab saya mengatakan demikian; Kita ambil contoh sabun chap daki. Setiap hari kita lihat berulang-ulang kali produk sabun chap daki selalu terpampang di dada-dada akhbar dan kacamata televisyen. Satu situasi apabila anda pergi kekedai untuk membeli sabun, kebarangkalian sabun chap daki untuk anda beli adalah tinggi. Kerana apa?kerana anda selalu melihat iklan chap daki, dan mengganggap apa yang anda selalu tengok itu adalah bagus.

Yang cuba saya katakan ialah media boleh menjadi sebab mempengaruhi sesuatu kelakuan atau perbuatan semasa kita dalam keadaan tidak kita sedari. Cuba fikir kenapa waktu-waktu prima iklan di telivisyen antara pukul 7 malam hingga 11 malam adalah produk-produk yang selalu kita gunakan.

Sedara pembaca sekalian kita sebenarnya dimanipulasi oleh pihak media dengan iklan-iklan yang mencemar tingkah laku dan perbuatan asal kita. Tak menjadi kesalahan jika produk itu benar-benar bagus, yang menjadi kesalahan ialah produk itu tidak berkualiti.

Sama juga halnya dengan perisian-perisian yang kita gunakan semasa di universiti atau sekolah. Kita(pelajar) seakan-akan diberi keistimewaan khas oleh pihak pengajar* untuk menggunakan perisian-perisian cetak rompak atas alasan untuk pembelajaran(acedemic purposes). Pada hemat saya ini adalah salah satu langkah yang kurang bijak kerana ia menyebabkan tiada keberkatan dalam pelajaran tersebut. Sepatutnya, para pengajar patut membelikan perisian tersebut yang asli. Jika mereka tidak mahu, sepatutnya mereka berusaha mencari alternatif lain seperti mengesyorkan mereka pada perisian percuma atau sumber terbuka, bukannya dengan mengalakkan penggunaan perisian cetak rompak.

Pembaca Melayubuntu, saya yakin anda boleh bebas merdeka dari segi fikiran, kerana seseorang yang gemar mencuba sesuatu yang baru mempunyai kapasiti untuk menerima sesuatu yang baru dengan lebih mudah. Jadilah orang merdeka yang sebenar-benarnya merdeka, bukan hanya laungan merdeka!3x mebuatkan anda merdeka, tetapi jiwa anda, fikiran anda mestilah merdeka daripada anasir-anasir luar jahat yang sentiasa menginginkan kehancuran sebuah bangsa yang disegani, dicemburui, yang dihilangkan daripada sejarah atas sebab-sebab yang anda perlu cari dan gali sendiri.
*shimgeek menyanjung tinggi profesion para pengajar, yang ini cuma berlaku dalam kes-kes terpencil sahaja 'kot'.

Ahad, 23 Januari 2011

Ibu......

0 comments
Ibu......

Kami berada dekat dengan jantungmu selama 9 purnama,kami dengar degupan jantungmu yg membuatkan kami lena dengan tenang...kerana kami yakin,ibu adalah pelindung kami... Saat kami mendengar desiran darah ibu mengalir,kami tahu ibu ada utk melindungi kami..

Ibu.....
Kami berlindung di rahimmu selama 9 bulan,kami selesa walau ia tempat yg sempit...kami masih boleh mengeliat,menendang dan kenangan yg paling indah adalah....kami dapat mendengar suara ibu..“Aku tak mahu anak ini! Dia akan merosakkan namaku! Aku malu!!” kami dengar ibu menjerit. Tetapi kami tidak faham... Apakah maksud ibu?

Ibu....
Di saat kami terlahir ke dunia ini,kami menangis lirih..kami mahu dakapan darimu ibu...kami merasa sejuk sekali....dingin yg menyengat ke tulang kecil kami... Lalu,ibu mengambil kami,tetapi mata ibu tidak memandang wajah kami. Mengapa? Kami di bawa ke sebuah tempat,yg baunya sangat busuk! Tubuh kami menggigil,ibu enggan mendakap kami.... Mengapa? Lalu tubuh kecil kami,ibu balut dengan plastik,ibu letak bersama-sama dgn bahan2 kotor yg busuk itu... Kami tetap menangis..kami lapar,ibu. Dalam tangisan itu,kami memanggil “ibu!ibu!” tetapi kami lihat ibu tidak menoleh.... Ibu terus pergi..... Tinggallah kami dalam sejuk dan lapar. Ke mana ibu pergi? Mengapa ibu tidak memperdulikan tangisan kami? Kami tidak mengerti ibu.....

Selasa, 30 November 2010

hurm...

1 comments
kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome hantar komen dlm FB, myspace or friendster..cepat2 dibalas..kalau lelaki xhandsome dia akan ckp buang masa je layan..

Khamis, 25 November 2010

7 Tips Membuatkan Otak Berfikir Lebih Cepat

0 comments
Otak manusia pada dasarnya merupakan komputer biologi.Ia memerlukan makanan, oksigen, dan ia juga perlu latihan.Korang dapat melakukan beberapa hal untuk meningkatkan kekuatan otak dengan melatihnya,atau memanipulasinya.

Tip di bawah ini mungkin akan membuatkan otak korang bekerja lebih baik.

1. Ambil dosis EPA secukupnya

EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.

2. Seks secara terancang

Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.

3. Buat teka teki

Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak korang tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika korang tidak berlatih secara reguler, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.

4. Berjalan kaki

Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan pikiran. Berjalan di bandar, dekat sungai atau di taman akan membantu korang menyingkirkan awan kelabu dan membantu pikiran korang lebih 'jernih.'

5. Ketawa/Senyum

Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak.Pastikan korang ketawa setiap hari yer.Lagipun senyum itu sedekah ;)

6. berfikiran Kreatif

Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan korang berfikir lebih cepat dan Kreatif.jadi,kalau korang minat muzik,selalu2 kanlah pergi Jamming

7. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan

Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemui perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).

Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan pikiran korang dari penjara pikiran 'seorang dewasa', koraang akan menemui cara berpikir yang belum pernah ada sebelumnya.

P/s : kalau ada tip lain untuk dikongsi,tinggalkan komen yer ;)

Isnin, 22 November 2010

Untukmu.. KAWAN

0 comments

KAWAN..
Bila rasa ingin menangis.. hubungilah aku.. bukan aku nak suruh kau berhenti menangis... tapi mungkin aku boleh menangis dengan kau... tapi tak leh ramai sangat.. nanti habih air mata aku...

Kawan...
Jika terasa tiba2 nak melarikan diri... jauh dari masalah... hubungilah aku... aku takkan suruh kau berhenti.. tapi.. mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai... tapi jangan laju sangat, aku lari tak larat.. aku nak kejar.. kaki aku pendek...

Kawan..
Jika kau kecewa keluargamu tak bahagia.. beritahulah aku.. aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau.. tapi..terimalah segala ketentuan Allah...

Kawan..
Jika kau kecewa dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti... ceritalah pada aku.. aku takkan sebut nama lelaki/wanita itu... tetapi.. cubalah jadi wanita/lelaki yang lebih soleh & solehah...

Tetapi kawan..
Jika suatu hari aku berdiam diri.. aku tidak membalas message kau.. aku tidak angkat panggilan dari kau... hubungilah aku segera... sebab waktu itu aku.. ermmm.. aku amat perlukan kau...



Atau aku sudah tiada lagi di dunia ini..

Photobucket

-:My Personality:-

Click to view my Personality Profile page
 

Copyright 2010 All Rights Reserved DevilM@yCry by ナスルン