Jumaat, 19 November 2010

Tragedi..

0 comments
Salam Hari Raya Aidiladha... hye kawan2 da lama sy x menjenguk ke sini.. biasalah bz ngan keje-keje harian...

Bulan nie je da macam2 bende berlaku pada diri aku.. Hurm... ngan kemalangan la aku tergolek tengah jalan la nyaris nak kene langgar ngan keter la wet gaji x masuk2 lagi la macam2 lagi la...
nie semalam umah aku di banjiri ngan air longkang yg melimpah ruah sampai ke dalam rumah kerana tidak dapat menampung hujan yg sgt lebat semalam... huhuhuhu... abis barang2 aku basah... seb baik la Xbox, lcd ngan nootbook aku x kene air lagi..
kalu x menangis aku... huhuhuhu... keadaan sekarang nie pon hujan jugak cam aku jangkakan kiranya dalam keadaan berhati2 la nie... kerugian aku satu external hard disk aku telah basah... sedehnye...

Ahad, 14 November 2010

kata-kata yang mungkin mengubah hidup anda

0 comments
Semoga ada yang mengambil kebaikan dari senarai ini. Saya cuba menterjemahkannya kepada bahasa malaysia untuk memberi kefahaman kepada mereka yang tidak begitu memahami bahasa inggeris. Dalam senarai ini saya tidak sertakan hadis, kata-kata hikmah para ulama yang lebih hebat dan mantap. Insyaallah lain kali =)

1. “Courage is the discovery that you may not win, and trying when you know you can lose.” – Tom Krause

Maksud : Keberanian adalah satu penemuan yang anda mungkin tidak akan menang, dan mencuba walaupun apabila anda tahu anda akan kalah.


2. “The greatest barrier to success is the fear of failure.” – Sven Goran Eriksson

Maksud : Halangan terhebat untuk berjaya ialah takut untuk gagal.


3. “Every accomplishment starts with the decision to try.” – Unknown

Maksud : Setiap pencapaian bermula dari keputusan untuk mencuba.


4. “Shoot for the moon. Even if you miss, you’ll land among the stars.” – Brian Littrell

Maksud : Jadikan bulan sebagai target. Sekiranya anda tersasar, anda mungkin akan mendarat di kalangan bintang-bintang.


5. “Success is not final, failure is not fatal: it is the courage to continue that counts.” – Winston Churchill

Maksud : Kejayaan bukanlah penghabisan, kegagalan bukannya noktah, apabila yang dikira ialah keberanian untuk meneruskan.


6. “Motivation is what gets you started. Habit is what keeps you going.” – Jim Rohn

Maksud : Motivasi menjadikan anda bermula, kebiasaan menjadikan anda istiqamah.


7. “When it is obvious that the goals cannot be reached, don’t adjust the goals, adjust the action steps.” – Confucius

Maksud : Apabila ianya jelas matlamat mustahil untuk dicapai, jangan ubah matlamat tetapi ubahlah cara mencapainya.


8. “Trust yourself. You know more than you think you do.” – Benjamin Spock

Maksud : Percayakahlan diri anda. Anda tahu lebih dari apa yang anda fikir anda tahu.


9. “Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending.” – Maria Robinson

Maksud : Tiada siapa yang boleh balik ke masa silam dan memulakan permulaan yang baru, tetapi sesiapa sahaja boleh bermula hari ini untuk menghasilkan penghabisan yang baru.


10. “A goal is not always meant to be reached, it often serves simply as something to aim at.” – Bruce Lee

Maksud : Matlamat tidak semestinya menjadi sesuatu yang harus dicapai, tetapi ia mungkin sesuatu yang anda selalunya harus target.


11. “Fall seven times, Stand up eight.” – Japanese Proverb

Maksud : Anda jatuh 7 kali, bangkit 8 kali.


12. “Every choice you make has an end result.” – Zig Ziglar

Maksud : Setiap pilihan yang anda buat mempunyai keputusan di akhirnya.


13. “I’ve failed over and over and over again in my life and that is why I succeed.” – Michael Jordan

Maksud : Saya telah gagal, dan gagal, dan gagal dalam kehidupan saya dan oleh kerana itu saya berjaya.


14. “Don’t let the past steal your present” – Cherralea Morgen

Maksud : Jangan biarkan masa silam anda mencuri masa sekarang anda.


15.“The great danger for most of us is not that our aim is too high and we miss it, but that it is too low and we reach it” - Michelangelo

Maksud : Ancaman terhebat kepada kita semua bukanlah impian kita yang terlalu tinggi dan kita tidak mampu mencapainya, tetapi impian kita terlalu rendah dan kita akan mencapainya.


16."Your mind is for having ideas, not for holding them" – David Allen.

Maksud : Minda anda ialah untuk mempunyai idea, dan bukannya "menyimpan" idea.

Selasa, 11 Mei 2010

info@santai - sungai dalam lautsubhanallah...

0 comments

KISAH AIR MASIN DAN AIR TAWAR & SUNGAI DALAM LAUT

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا

مَّحْجُورًا

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Al Furqan:53)

Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.



Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.



Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi,

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu. (Al-Rahman:19)

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus. (Al-Rahman:20)

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ

Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan. (Al-Rahman: 22)

Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.


Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.



Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan? (Al-Rahman: 13)

Ahad, 4 April 2010

Subhanallah, Maha Suci Allah ...ingatkan laut....

0 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekadar berkongsi keindahan alam.

Salar De Uyuni terletak di Bolivia dan kawasan ini dikatakan ’cermin’ yang paling besar di dunia kerana sifat pantulan yang ada padanya. Kawasan ni juga dikatakan
tempat di mana sempadan bumi dan langit bersambung/bertemu sebab seakan tiada garisan sempadan di antara bumi dan langit(kalau tgk gambar).

Sekian, Terima Kasih.




Rabu, 3 Februari 2010

Hye Kawan2...

0 comments
Sorry my friends.. da lama x berkarya di sini.. agak bz sket skarang nie... penat ngan keje pas tu penant ngan memikirkan masa depan... hahaha... erm... anyway devilmaycry harap kawan2 semua sihat la dalam menempuh segala hari2 yg penuh dengan ujian darinya...

kat sini Devilmaycry ade citer sket nak di jadikan pengajaran sambil2 kita berlawak sket...

Ader seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 ditadika tsebut supaya tak percaya wujudnya tuhan.Die pun mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak2,nampak tak pen ni.
Ank2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade kn.
Ank2 : Ader cikgu.

kemudia guru tadika tadi memasukkn pen itu dalam poket die,kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak2,nampak tak pen?
Ank2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ade tak?
Ank2 : takder cikgu.
Guru tadika: Anak2 nampk tuhan tak?
Ank2 : tak nampk cikgu.
Guru tadika : tuhan ader tak?
Ank2 : takder cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan die nak brainwash otak budak2 tu berjaya.Tetapi dalam banyak2 budak tu ader seorang budak yang pintar,dan die minta pun mengangkat tangan...

Bdk A : Cikgu bleh saya cakap sesuatu.
Guru tadika : Bleh,mari ke depan.
Bdk A : kawan2 nampk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ader kn?
Kwn2 : ader.
Bdk A : kawan2 nampak otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A: cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader
Photobucket

-:My Personality:-

Click to view my Personality Profile page
 

Copyright 2010 All Rights Reserved DevilM@yCry by ナスルン