Sabtu, 6 April 2013

Berbaloikah nilai ringgit yang kamu bayar pada photographer?

0 comments

Berbaloikah nilai ringgit yang kamu bayar pada photographer?

Pernah tak kamu terfikir berapakah keuntungan seorang photographer? Pernahkah kita terfikir apakah mereka benar2 mengaut keuntungan hasil dari gambar-gambar yang mereka ambil? Berbaloikah dengan apa yang kita bayar terhadap photographer yang kita pilih utk perkahwinan kita? Jom kita tgk apakah benar photographer2 ini benar2 mengenakan harga yang mahal atau tidak..

Saya mmg sgt pandai dalam matematik, saya akan tolong kirakan utk anda.. Katakanlah photographer yang anda pilih mengenakan charged RM1500 kepada kamu dengan package “terbaik dan termurah” iaitu dengan memberikan:

1. Custom album 8×12 cristal laminated bernilai RM300
2. Sticky album berserta 100pcs 4R fully edit picture bernilai RM100
3. Frame 8R bernilai RM20
4. Unlimited shoot and burn in DVD biasanya 300 gambar

Totalnya adalah RM420 Itu belum lagi campur:

1. Duit bil tepon utk telefon pengantin bernilai RM10
2. Duit bayar back up photographer bernilai RM200
3. Duit minyak pergi ke rumah pengantin, pergi hantar custom album utk print bernilai RM50 So, nilai modal setakat ini ialah RM420+RM260=RM680

Biasanya, photographer yang mengambil upah sehingga RM1500 mempunyai gadget kamera seperti

1. D700 beernilai RM6100
2. 14-24mm bernilai RM5820
3. 24-70mm bernilai RM5760
4. 70-200mm bernilai RM6950
5. Flash SB910 bernilai RM1650
Total gadget ialah RM26280…

Tahukah kamu, setiap petikan pada DSLR adalah bernilai kerana DSLR D700 hanya mampu mengambil gambar sebanyak 150,000 keping sahaja. Maka selepas itu, photographer terpaksa menukar shutter system yang bernilai RM1400. Maka, jika dikira dalam matematik, setiap kali photographer memetik shutter, nilai sekeping gambar ialah 1 sen. 1 sen jer pun, bukan mahal sgt, tapi, photographer tak pernah pun terfikir nak simpan duit utk menukar shutter system, bila tiba waktunya, mmg “sakit” jugak nak keluarkan duit sebanyak RM1400.

So, RM1500- RM660=RM840… so, keuntungan photographer tersebut ialah RM840. Memang banyak untung kan? RM840 dalam sehari. Tapi kamu silap, selepas sahaja photographer ambil gambar kamu, kebiasaannya, photographer memerlukan 3 minggu bersamaan 21 hari utk edit gambar kamu. So, RM840 bahagikan dengan 21 hari, nilai keuntungan photographer tersebut cuma RM40 sehari.

Berbaloikah?

Jadi, photographer tersebut memerlukan 657 hari untuk mendapatkan kembali modal gadget yang bernilai RM26280. 657 hari? Berbaloikah? Itu pun kalau photographer tersebut sentiasa dapat “job”. Apakah kamu fikir perkahwinan berlaku setiap hari? Nak harapkan job byk pun perlu tunggu cuti sekolah. Itu pun belum tentu dapat, persaingan kini sangatlah hebat. Terlalu ramai photographer2 kini berlumba2 mendapatkan job. Adoiiiii…

Pernahkah kamu terfikir kesibukan seorang photographer? Biasanya, photographer sudah mempunyai pekerjaan tetap yang bekerja dari Isnin sampai Jumaat. Apabila menjadi photographer, masa yang sepatutnya diluangkan utk bersama anak isteri pada hari Sabtu dan ahad, kini terpaksa dikorbankan hanya utk jadi photographer yang hanya bernilai RM40 sehari?

Berbaloikah?

Tahukah kamu utk meng”edit” gambar memerlukan mood? Dan biasanya mood itu akan datang pada waktu malam. Dan photographer sekali lagi terpaksa korbankan waktu tidurnya setiap malam hanya utk berikan gambar “terbaik” utk kamu abadikan “seumur hidup” sedangkan kamu tidak “membayar” dengan nilai sepatutnya………

Maka, jika kamu rasa nilai RM1500 dan keatas itu sangat mahal bagi kamu, fikirkanlah “pengorbanan” photographer yang bersusah payah bersengkang mata hingga sanggup melupakan keakraban antara anak isteri mereka pada setiap malam malah di hujung minggu hanya utk memastikan setiap gambar yang diambil mampu menjadi kenangan utk kamu “sepanjang hayat”…

PS: Kamu boleh ke Kedai Kamera E-Poh utk jadi photographer agar kamu sendiri yang tangkap gambar perkahwinan kamu... 0195459353, call la dia..

Kamu boleh share pic ni tanpa pengetahuan saya, sharing is caring, caring is loving, loving is cari penyakit kalau nak tambah bini...

huhuhu

Jumaat, 21 Disember 2012

me

0 comments



Rabu, 8 Februari 2012

Tips Shooting Outdoor Photography

0 comments

Tangkap gambar outdoor ni cantik sebenarnya.Gambar pemandangan mahupun gambar potrait, part warna dia yang best tu.Naik semacam.Tapi part yang susah sikit bila kena bayang-bayang terutamanya time matahari terik.Nanti gambar jadi macam ni

Perasan tak ada bayang-bayang daun,ranting dan pokok pada muka subject.Isy2.Tak cantik macam ni.

Solution Pertama:

Cara yang senang sikit,orang pakai reflector lah.

Yang mana terlindung dengan bayang-bayang pada model tu, boleh lah kita cover dengan reflector.Dia pantul balik cahaya kena dekat model.Nampak natural sikit. Nak tengok beza pakai reflector tak?

Gambar kat atas tu saya ambil dari istock.Cute sungguh!

Orang sekarang suka buat outdoor wedding shoot kan. Memang nak lah pada benda ni.Senang kerja. Reflector ada 5 warna yang ada fungsi-fungsi dia sendiri.Kita explore lah nanti baru nampak bezanya.Kalau nak cari reflector, cari yang boleh lipat dan biarlah ada beg dia sekali.Sebab benda ni kan kalau dah buka,mak aiihh.Pernahlah hari tu customer datang beli reflector ni dengan saya.Kitorang cuba-cuba buka nak test,fuh besar sungguh.

Solution Kedua:

Kalau model/subject menghadap matahari boleh tambah cahaya kan.Tapi nanti dia silau pulak.Terkebil-kebil jadi dia. Kat sini kita kena main dengan kedudukan angle. Try cuba bagi matahari tu 135 degree dari model kita.Sipi-sipi belakang.

Lukisan tak cantik tu biasalah kan.Haha!!

Itu sudut kalau tangkap gambar potret orang.Kalau tangkap gambar pemandangan seperti persekitaran rumah misalnya, disarankan biarlah matahari tu berada belakang kita pulak. Boleh naik contrast warna sekitar rumah tu seperti warna rumput dengan awan.Itulah penangan matahari.

Itu sahaja kali ini.Korang mesti ada buat outdoor jugak kan.Share lah cara korang pulak di bahagian komen ok!

Beza Antara Fungsi UV Filter, CPL Filter dan ND8 Filter

0 comments

Banyak jenis sebenarnya filter lens yang ada untuk lens kita.Kalau nak diringkaskan bolehlah kita bagi pada3 jenis filter ni; uv,cpl dan nd8.Filter ni bukan setakat menapis cahaya yang direct datang pada lens,tapi ia juga boleh membantu untuk bagi hasil art pada gambar.Terutamanya kalau nak dapat gambar pemandangan yang cantik.

UV Filter

Ni Filter yang biasanya dapat bila kita beli lens.UV Filter ni simple saja fungsinya.Tapis sinar UV dan protection pada lens.Kalau kita beli lens tu,jangan kedekut nak beli uv filter terus(kalau tak dapat free).Nak elak calar pada lens yang baru beli tu.Harga murah mahal pun tak apa.Ada dua jenis,slim dan biasa.Bezanya nipis tebal saja.

RM25

CPL Filter

Polarizing filter biasanya orang guna untuk bagi gambar efek gelap pada langit.warna langit biru tu timbul terang. Ada juga kalau untuk tangkap gambar produk macam jam tangan biasanya.Bila ambik gambar jam,kurang lah efek pantulan cahaya dari cermin jam tu.jadi boleh nampak detail jarum dalam jam tanpa ada pantulan.

cpl biasanya lebih gelap warnanya dari uv filter

Awan pada langit lagi menyerlah

credit gambar: http://braendan.blogspot.com/2009/01/bw-kasemann-ksm-cpl-filter.html

ND8 Filter

Neutral Density filter (ND filter) adalah jenis filter yang digunakan untuk tangkap gambar air terjun,salji. Ia sebenarnya nak kurangkan amount cahaya yang sampai pada sensor camera.Jadi boleh tambah efek halus pada foto disamping baiki tone.

ND8 berwarna hitam. RM65

Credit gambar:http://www.foxsaver.com/public/picture/66481617

Yangni gabung cpl dan nd8 filter.

Itu lah sikit info pasal jenis filter dan fungsinya.Review jenis biasa-biasa sahaja.Hope dapat bantu korang dapat brief idea sebelum membeli filter.

Isnin, 16 Januari 2012

0 comments
hey ? hai :) tengok tajuk aku tu ? macam marah ke kan ?
idokk le . takde niat pon nak marah . cume aku emosi sikit .
guys , kat sini aku takde niat untuk berpolitik atau ape ,
aku tahu kalau aku cakap sikit kang , korang melenting .
sebab kite semua tak sebulu ,
tak bersependapat kan ?
tapi aku nak kau , yerr kau laa . haa kau yang tengah bace tu . yerr KAUUU ! bukan orang lainn ,
ape kate kau , duduk kejapp . duduk diamm diaammm ,
pergi tempat sunyi ,
sambil layan lagu fynn jamal -puisi buat ayahanda tu ,
kau bace nie ,
aku tak suruh buat bende lain pong ,
kau bace je dohh ,
bace dgn hati ,
hati yang bersihh ,
suci kan minda kau ,
dan bace nie ,
lepas tu fikir ,
fikir jeee !!


diaaa ......
dia nie la orang kutuk ,
cuba dia nie abah kau !
ayah kau ! papa kau ! abi kau !
ayah kau nie kutuk satu malaysia ,
orang bakar gambar ayah kau ,
orang hina ayah kau ,
orang pukul ayah kau ,
orang telanjang kan ayah kau ,

guysss ,
letak kan dia sebagai ayah kau , sekejap je .
tak lama ,
nak pergi super market ngn kau pon tak boleh ,
sebab takut orang sekeliling hendik hina .


korangg ,
cuba lelap kan mata kejap ,
nenek korang sakit , tenat ,
mak kepada ayah kauu tu,
sakit nya nenek korang meraung raung orang tua tu panggil nama ayah kau ,
tapi ayah kau kat mana ?
ayah kau dalam penjara tu ,
sampai ke hari perkuburan nenek kau ,
sampai ke hujung nyawa nenek kau ,
sampai ke ayat terakhir nenek kau seru name ayah kau ,
tapi mana ayah kau ?
ayah kau dalam penjara ,
yang kau sendiri tak tahu ape sebab nya ,
sampai ke liang lahat nenek kau ,
ayah kau datang dengan polis ,
naik kerete polis ,
tangan bergari ,
bebb ! tu ayah kau ,
tengok betul betul muke orang tua tu ,
ayah kau datang bergari ,
lemah longlai langkah dia ,
sayu muka ayah kau datangg ,
ayah kau melutut depan kubur ,
sambil menangis cakap ' mak , ampun kan saya , saya tak mampu nak jenguk mak masa mak sakit '
'sampai nafas mak terakhir pon , saya tak mampu nak tengok mak '
kau sebagai anak kat sebelah buat ape ?
tengok je ayah kau macam tu ?


korang ,
hari ni hari bertuah kau dapat ijazah ,
segulung ijazah yang ditunggu tunggu oleh mak ayah kau ,
pengorbanan ayah kau dulu sekolah kan kau dari kecik ,
sampai sekarang akhirnya kau dah balas :')
dalam hati kau terdetik ' ayahh tengok nie , akak /abang bawak nie untuk ayahh'
berkobar kobar korang masa hari convo tu ,
dengan harapan besar ayah kau ade untuk tengok kejayaan kau atas pentas tu ,
sebalik nya diumum kan name kau ,
hanya kau lihat mak kau je kat bawah ,
sambil kesat air mata ,
sambil menangis teresak esak tengok kau kat pentas tu ,
turun pentas kau lari pergi kaat mak kau ,
'mak kenape nie ?'
'ayah nak sangat tengok kakak hari nie , tapi ayah sakit kat hospital , ayah kene pukul dengan polis , jum nak kita tunjuk nie kat ayah '
sampai je korang kat hospital ,
tengok ayah kau !
tengok ayah kau tu ,
tu yang terbaring tu ,
yang terbaring berbalut leher die ,
ayah kau tu patah tengkuk ,
ayah kau tu kene terajang dengan polis ,
ni ayah kau ! orang yang marah nyamuk sebab gigit kau ,
orang yang hari hari bagi kau duit belanje pergi sekolah ,
orang yang buaiyan kan kau kecik dulu ,
orang yang kau sayang beb ! yer orang yang kau sayang ,
berlari kau pergi ke katil dia ,
lemah ayah tengok kau .
pelahan kau bisik kat telinge ayah
'ayah , ini ijazah kakak , akk bawak nie untuk ayah '
'kakak sayang ayah ? '
'sayang yahh , sayang sangat '
'kakak janji ngn ayah , walau ape pon jadi , akk teruskan hidup , walaupon ayah takde lagi yer nak ? '
berlinang linag air mate ayah kau ,
sambil kucup dahi kau ,
die bisik 'ayah pon sayang akk '
nie orang yang usapa pipi kau sekrang nie ,
die ayahh kau ,
ayahh kau laaa ,
yang menangis nie ayah kau ,
yang tak mampu untuk melihat kau trime ijazah nie ayah kau .


pagi tu ,
ayah sekali lagii dituduh dengan tuduhan tak berakal ,
kau , mak dan adik beradik lain semua solat jemaah ,
angkat tangan kepada tuhan berdoa ,
'yaAllah yaTuhan ku , seandai nya ayah bersalah , hukum lah dia ,
dan seadainya sebaliknya , kau laknati la kemungkaran nya '
kau dan adik lain , seolah olah berpakat supaya ayah tak bangun ,
supaya ayah tak sedar akan hari nie hari perbicaraan nya ,
mak awal pagi lagi dah bangun ,
lemah setiap langkah mak ,
sayu mak buat sarapan untuk kali terakhirnya buat ayah ,
ayah bangun , solat dan mandi ,
terpandangn kau dan adik beradik kau disudut rumah ,
semacam mahu mengurung menutup pintu untuk ayah keluar ,
selesai sarapan , ayah pegang tangan mak ,
mak tengok mate ayahh ,
ayah cakap ' Allah akan tolong kita'
mak tak tahan sebak ,
mak lepas kan tangan ayah ,
dipaling nya muka tanda taknak ayah tahu mak sedih
ayah cium sorang sorang anak ayah ,
kau dan adik kau rasa mcm itu kucupan terakhir ayah ,
kau gengam tangan ayah ,
kau hantar kan die kemakhamah ,
mak rebah lemah dibahu kau ,
dan kau pura pura kuat untuk hadapi sebarang kemungkinan ,
dan dalam fikiran kau cume 'lindungi ayah yaALLAH'
segala persiapan terkahir untuk ayah kau dah sediakan ,
kau sekeluarga tahu akan jatuh hukum nya ayah nt sampai kapan bilenya ,
yang arif melafazkan 'dengan ini , mahkamah mengumumkan tertuduh didapati tidak bersalah '
meremangmang segala bulu roma ,
laju nafas kau terhingap hingap,
semacam laju segala darah kau berjalan ,
'yaAllah , aku tahu kau dipihak yang benar ,trime kaseh yaAllah '


yerrr ini ayah kau ,
letak kan kejap ,
sekejap je weyyhh ,
haa ni mak kau ,
rasa kan ape anak anak die rasa ,
rasakan ape mereka buat ,
sekejap je korang ,
aku tak kate kau kene sokong die ke apa ,
aku nak kau rasa ape anak die rasa bile family kene macam nie .
aku nak kau tahu sakit tak tengok ayah sendiri kau kene mcm nie ?
kawan kawan kau hina ayah kau ? rasa beb , rasa sendiri :')
kau tahu sakit nya nt :(

p/s ; cerita ini , diubah sedikit sebanyak bagi tidak menampakkan keadaan sebenar ,
tidak niat untuk memburukan sesiapa dan sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari kita sendiri :') renunggkan kawann

Selasa, 20 Disember 2011

TAKUT

0 comments

1. Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita.

2. Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil.

3. Ramai kita orang Melayu percaya ada manusia yang mempunyai kelebihan tertentu – mampu meresap, menghilangkan diri. Dan kita takut kepada mereka ini.

4. Semasa saya kecil saya dengar kononnya orang Siam mempunyai “ilmu” tertentu. Mereka bukan sahaja boleh meresap tetapi mereka kebal dan tidak boleh ditikam. Ada yang berkata tembak dengan peluru pun tak tembus. Mereka juga boleh membuat perempuan gila kepada mereka.

5. Di Kedah peperangan sering berlaku dengan Siam (Thai) di zaman dahulu. Tentera Sultan amat takut kepada askar Siam. Mereka yakin mereka tidak boleh kalahkan tentera Siam kerana mereka itu kebal, boleh meresap. Kononnya kadang-kadang mereka boleh terbang dan tiba-tiba berada di belakang.

6. Maka anggota pasukan Melayu pun baca doa macam-macam. Namun mereka tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Belum pun bertempur dengan pasukan perang Siam, mereka sudah yakin mereka akan kalah.

7. Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.

8. Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu.

9. Demikian apabila kita takut dengan “bayang-bayang” kepercayaan kita sendiri. Adalah mustahil sesiapa boleh kebal, atau meresap (menghilangkan diri). Sedangkan Nabi tidak kebal dan luka dalam peperangan Jabal Uhud, apakah Tuhan memberi kelebihan kepada musuh orang Melayu dan orang Islam.

10. Mungkinkah ada makhluk yang berkuasa seperti Allah s.w.t. Sekarang ada orang kebal apabila memakai baju kalis peluru. Tetapi askar Siam di zaman dahulu tidak pakai baju kalis peluru. Jika mereka ditikam atau ditembak mereka akan cedera dan akan mati. Tetapi mereka kebal kerana dengan ketakutan kita, kita tidak terdaya menikam atau menembak mereka. Kalau tembak pun, kerana gigil dalam ketakutan, peluru tidak kena sasaran. Ini kononnya bukti mereka kebal.

11. Tetapi ini cerita lama. Apa guna saya bangkit perkara ini. Sebabnya saya masih dengar askar kita ada menghadapi orang yang berpakaian serba putih yang boleh terbang. Dan mereka jadi takut. Apabila askar diserang ketakutan, mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas mereka.

12. Kita juga kerap mendengar cerita orang halus, toyol, hantu, pelesit dan berbagai lagi. Kes hilang akal (hysteria) kerap berlaku di kalangan murid perempuan Melayu di asrama.

13. Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.

14. Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.

15. Saya malu kenapa hysteria terjadi kepada anak Melayu yang semuanya beragama Islam. Agama kita menegah kepercayaan kepada makhluk yang mempunyai kuasa yang hampir dengan Allah s.w.t.

16. Diwaktu rusuhan kaum 13 Mei 1969, rami orang Melayu yang mencari ubat kebal. Di Alor Star terdapat seorang bomoh Indonesia yang kononnya boleh memberi kekebalan kepada sesiapa hanya dengan memasukan jarun “emas” ke dalam badan.

17. Saya pergi untuk melihat bagaimana bomoh ini dapat melakukan sesuatu yang ajaib. Seorang yang dikenali oleh saya telah “dirawat” dengan memasuk jarum “emas” kepada badannya.

18. Selepas ini dia diuji dengan ditetak oleh bomoh dengan pedang di belakangnya. Terlihat luka yang cetek yang berdarah sedikit sahaja walaupun ditetak dengan amat kuat.

19. Kemudian dia ditetak dibahagian perutnya. Luka yang sama di lihat. Dia kemudian memepak kaca lampu elektrik tanpa mulutnya berdarah.

20. Mereka yang lihat dan saya juga kagum dengan kekebalan beliau. Saya jemput supaya beliau datang ke klinik saya keesokan hari.

21. Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum kedalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.

22. Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal.

23. Tidak ada orang yang kebal. Mereka yang berjalan atas bara api dan dicucuk dengan besi tajam pun tidak kebal.

24. Dalam Islam ada jin dan iblis. Mereka merasuk fikiran kita supaya membuat apa yang dilarang. Dalam Islam tidak disebut tentang hantu, pelesit, toyol dan sebagainya. Semua ini berasas kepada kepercayaan di zaman pra-Islam.

25. Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.

26. Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.

27. Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan.

28. Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.

Rabu, 14 Disember 2011

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur

0 comments

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Rabu, 7 Disember 2011

22 Arahan Wireless dalam Terminal

0 comments
Arahan Berguna untuk Wireless Network - Debian Linux

Penerangan beberapa arahan Linux untuk wireless networking

1) iwlist scan --- tunjukkan wireless yang ada dalam kawasan yang mempunyai enkripsi mudah

2) lshw -C network --- tunjukkan kad interface dan driver bagi setiap peranti network

3) lspci -nn --- tunjukkan vendor PCI dan kod alat sebagai nombor dan nama bagi hardware yang bersambung dengan PCI bus

4) lsusb --- tunjukkan USB yang connected

5) lshw -C usb --- Info tambahan untuk yang berkaitan dengan USB(baik untuk USB dongle)

6) route -n --- Senaraikan kernel IP routing table : Baik untuk troubleshoot gateway

7) sudo route add default gw 192.168.1.1 --- Contoh untuk set gateway kepada 192.168.1.1

8) sudo route del default gw 192.168.1.1 --- Contoh untuk delete gateway default setting

9) sudo modprobe ***** --- Load modul kernel **** . (Contoh - sudo modprobe ndiswrapper, sudo modprobe r818x, sudo modprobe ath_pci)

10) sudo modprobe -r **** --- Unloades modul kernel ****. (Contoh - sudo modprobe -r ndiswrapper)

11) ifconfig --- Senaraikan alamat IP

12) sudo ifup/ifdown --- Jadikan interface up/down dan padamkan routing table untuk interface spesifik

13) sudo ifconfig up/down --- Jadikan interface up/down untuk interface spesifik

14) sudo dhclient --- Minta alamat IP daripada DNS server untuk interface spesifik

15) sudo dhclient -r --- Lepaskan alamat IP yang ada kaitan dengan interface spesifik

16) sudo iptables -L --- Senaraikan firewall rules

17) sudo iptables -F --- Padamkan firewall rules

18) dmesg | more --- Senaraikan log boot : Baik untuk troubleshoot masalah modul/driver tidak loaded

19) uname -r --- Paparkan versi kernel

20) /etc/udev/rules.d/70-persistent-net.rules --- Fail nama logical (eth0, wlan0, etc) kepada MAC addresses

21) cat /etc/resolv.conf ---Senaraikan DNS servers yang berkaitan dengan network connections (Network Manager)

22) /etc/dhcp3/dhclient.conf --- Fail untuk sets atau ubah dns (domain name servers)

Benarkah Linux Kebal?

0 comments
Adakah Linux Selamat?

Ini adalah salah satu slaid yang dipersembahkan di South LinuxFest oleh Mackenzie Morgan.- Masih terdapat ancaman seperti phishing, keylogger dan lain-lain yang boleh menembusi linux. Bukan bermaksud linux itu kurang selamat, kerana linux dibina berdasarkan multi user based, sedangkan windows dibina berdasarkan single user based. Cuma Berhati-hati...

Selasa, 6 Disember 2011

11 extension Firefox untuk Power Surfer

0 comments
Tidak dinafikan Firefox merupakan pelayar web yang semakin diminati ramai dari hari ke sehari. Permulaan Firefox adalah daripada netscape yang hampir ditutup disebabkan Windows ingin mendominasi pasaran internet. Sekaligus, Open Source atau sumber terbuka telah muncul daripada peristiwa tersebut maka lahirlah MusangApi atau nama melayunya Firefox.

Pengguna sekarang boleh memilih samada mereka perlukan pelayar yang pantas seperti Chrome atau Opera, yang simple seperti Safari tetapi kebanyakan masih menggunakan Firefox kerana ribuan extension atau Add-on yang ada.

Bagi yang selalu melayari Web seperti ShimG, berikut adalah extension yang wajib ada dalam Firefox anda.

1. All-in-One Gestures
Boleh lakukan Command dengan mouse gesture.

2. Video DownloadHelper
Dengan pengguna extension yang mencecah 7 juta, saya tak boleh tidak mesti masukkan extension ini. Boleh memuatturun dan menukarkan web video, juga audio dan galeri gambar.

3. Morning Coffee
Merekod rutin anda dan mengkompil mereka dalam tab harian.

4. NoScript
Tingkat sekuriti pelayar web anda dan hanya benarkan active content daripada laman web yang anda kenali.

5. Readable
Memudahkan anda untuk membaca blog atau berita online. Ia menukarkan teks di laman web kepada font, warna, dan latar belakang yang anda lebih suka.

6. Tab Scope
Preview dan navigate isi tab melalui popup.

7. TimeTracker
Anda ingin tahu berapa lama anda layari laman web? ia boleh merekod berapa lama anda gunakan internet. Tak payah susah-susah tengok jam.

8. IE Tab V2
Embed Internet Explorer ke dalam firefox. Kepada pembaca yang komen hari itu untuk saya carikan samada boleh gunakan active-X dalam Firefox. Tak tahu Maybank Share investment tu boleh guna tak sebab saya takde saham situ tetapi laman web lain boleh....

9. DownThemAll!
Download accelerator paling laju ShimG pernah guna. Yang bestnya ia built-in. Ia juga memudahkan anda mengkonfigurasi download anda; download prioriti, berapa laju, boleh check Md5sum kalau ini selalu guna untuk download ISO linux..heheh....tapi rekod paling lama download Hardy Heron dulu....3 hari, 2malam....maklumlah internet universiti, macam kura-kura...

10. Fasterfox
Meningkatkan kelajuan Firefox anda kepada 120km/j. (miles may vary)

11. AddThis
Lebih senang untuk share dan bookmark sesuatu. Dilengkapi semua web 2.0; FB, Twitter, Blogger dll.

3 Tips untuk Shooting Potret dalam cahaya matahari

0 comments
Ini hari yang cerah dan kau keluar dengan teman-teman memanfaatkan cuaca yang baik. Anda memutuskan untuk membawa kamera - setelah semua hari apa yang lebih baik untuk menembak beberapa potret teman Anda dari hari yang cerah - cerah cahaya = gambar besar bukan?
Sayangnya banyak cahaya tidak selalu sama dengan gambar besar - bahkan kadang-kadang bila Anda menembak potret di bawah sinar matahari terang yang Anda bisa lari ke masalah nyata.
For starters pemotretan di bawah sinar matahari tengah hari cerah di mana cahaya datang langsung dari atas akan berarti bahwa subjek Anda dapat memiliki beberapa bayangan pemain cukup berat pada bagian wajah mereka.
Tidak hanya itu, jika Anda pernah berpose untuk seseorang mengambil gambar di bawah sinar matahari cerah Anda akan tahu betapa sulitnya kadang-kadang dapat melihat alam dan tidak berakhir tampak seperti kau meringis kesakitan sambil menyipitkan mata untuk menjaga Ming keluar dari mata Anda.
Jadi, apa yang harus dilakukan?
Berikut ini tiga tips sederhana untuk pemotretan potret dalam cahaya matahari terang. Aku telah membuat mereka cukup mendasar bagi anda yang berada di luar dan sekitar dan tidak ingin menyeret sebuah studio outdoor bersama dengan Anda!

1. Fill Flash
Rasanya sedikit aneh switching lampu kilat dalam sinar matahari cerah tapi salah satu saat terbaik untuk melakukannya. Mereka melemparkan bayangan berat pada wajah subjek Anda (terutama di bawah mata) oleh matahari tengah hari dapat menjadi sesuatu dari masa lalu dengan cahaya sedikit tambahan dari flash popup kamera Anda.
Banyak kamera akan memungkinkan Anda untuk mengontrol intensitas dari flash dengan kompensasi flash mereka berfungsi jadi jangan puas dengan tembakan pertama Anda - dial ke atas atau kembali sedikit setelah Anda mengambil gambar tes pertama sampai Anda mendapatkan yang bagus alam cahaya.

Bonus dari menggunakan flash mengisi sedikit adalah bahwa ia sering menggelapkan latar belakang Anda sedikit yang dapat memberikan gambar Anda sedikit lebih punch dan membuat berdiri subjek Anda itu sedikit jauh dari latar belakang mereka. Isi flash juga akan membuat catchlight kecil di mata subjek Anda, memberikan mata mereka yang bersinar ekstra!
Kadang-kadang menggunakan flash mengisi juga akan memungkinkan Anda untuk menembak dengan matahari di belakang subjek Anda - ini berarti wajah mereka tidak ada sinar matahari langsung pada mereka tetapi mereka memiliki cahaya sedikit kembali jatuh pada rambut mereka dan bahu yang dapat membuat dampak yang bagus.

2. Shoot in the shade

Cara lain yang mudah untuk menghentikan bayangan pada wajah subjek Anda adalah berpindah sederhana mereka (dan diri Anda sendiri) ke dalam bayangan yang lebih besar dan untuk menembak di tempat teduh.
Kuncinya adalah untuk mencari tempat di mana mereka tidak memiliki gelap tapi menyenangkan bahkan cahaya yang jatuh pada mereka. Jadi menghindari belang-belang cahaya di bawah beberapa pohon pohon atau Anda akan mendapatkan tempat di wajah mereka tapi pergi untuk sesuatu dengan cakupan bahkan menyenangkan.
Jika Anda pergi untuk kepala ketat ditembak Anda bahkan mungkin bisa pergi dengan memiliki seseorang memegang payung atau objek lain untuk membuat beberapa bayangan di wajah mereka (selama orang lain adalah dari ditembak).

3. Find a Reflectoritu tidak mungkin bahwa Anda akan mengangkut reflektor yang tepat sekitar dengan Anda (walaupun saya tahu beberapa pembaca DPS selalu bepergian dengan reflektor lipat kecil di tas kamera mereka), tetapi itu tidak berarti Anda tidak dapat menggunakan prinsip yang sama untuk mental sedikit cahaya wajah subjek Anda untuk membantu menerangi beberapa wilayah gelap.

banyak setiap putih (atau cahaya) permukaan dapat bertindak sebagai reflektor cahaya Pretty dan diadakan di sudut kanan Anda dapat menggunakannya subjek Anda memberikan cahaya tambahan sedikit.
Satu fotografer kami berbicara dengan beberapa waktu lalu bersumpah dengan selalu mengenakan t-shirt putih untuk ini, tetapi Anda bisa mendapatkan hasil yang serupa dengan posisi subjek Anda dengan dinding putih atau posisi objek putih banyak hanya keluar dari bingkai untuk memantulkan cahaya. Aku bahkan melihat satu fotografer teman mengambil aluminium foil dari piknik dan menggunakannya untuk membantu membuat sebuah reflektor (meskipun hal itu menciptakan sedikit 'belang-belang' cahaya pada subjek nya.
Tips Bonus: Dapatkan Kreatif
Setelah Anda mengambil beberapa potret bagus dengan tips di atas, mengapa tidak mencoba beberapa percobaan dan menggunakan cahaya terang untuk melihat apakah Anda dapat menyuntikkan sedikit kreativitas dalam gambar Anda. Anda mungkin mengambil satu dengan faktor WOW. Untuk mencoba menciptakan beberapa suar lensa dengan menembak ke matahari (hanya berhati-hati untuk tidak membakar mata Anda melihat langsung ke dalamnya).Atau Anda dapat mencoba beberapa siluet gambar untuk potret dengan sedikit misteri dan drama.
Apa tips lain yang akan Anda berikan untuk menembak seseorang mencari potret dalam terang sinar matahari?

Tips : Perbaiki komposisi amik gambar

0 comments

Hari ni aku nak kongsi tips untuk mengambil gambar yang lebih baik. Perkara ni merupakan perkara paling asas dalam kaedah mengambil gambar dengan cara yang betul:) Jadi ia mmg tak sesuai kepada sesiapa yang dah tereramik gambar. Photographer2 sila beredar ye. Syoh syoh,hahaha.

Rules Of Third (RO3)

Mengikut peraturan RO3 ini, kita cuba ELAK meletakkan subjek sama ada manusia, haiwan dan benda ditengah2 gambar. Jadi sebelum korang tangkap gambar cuba bayangkan satu garisan melintang dan menegak dibahagi 3 seperti gambar kat bawah ni. (Kebanyakkan kamera digital dah ada fungsi ini)

Asas dalam Rules of Third (RO3)
Asas dalam Rules of Third (RO3)

Titik pertemuan tu di kenali sebagai ‘Point of Interest‘ yang kita kena letak subjek. Kalau kita taruk subjek kita kat situ impak gambar yang kita ambil akan lebih kuat dan biasanya gambar akan kelihatan lebih menarik, tertarik ko memang de..(apa aku mengarut ni!, fokus fokus)

Ingat lagi tak dulu kita selalu kalau pi mana-mana amik gambar mesti nak taruk orang tu kat tengah2. Pastu kalau orang tu amik gambar jauh tak nampak muka kita bising. Siap cakap “ Wei, ko ni tak tau amik gambarlah, muka aku tak nampaklah wei. Kecik sangat ni!!”,hehe.

Mari analisis gambar kat bawah ni mengikut kaedah RO3.

Gambar tak ikut RO3 *gambar dari En Google
Gambar tak ikut RO3 *gambar dari En Google

Gambar camtulah yang kita selalu amikkan? Sebenarnya takde masalah gambar camtu. Akupun kekadang amik gambar camtu gak. Cuma ia tidak mengikut RO3lah. Sebab kalaulah aku pergi London ke, Tokyo ke, New Zealand ke pastu amik gambar camtu orang bleh pertikaikan.

Tipulah ko gi London, ni macam kat Banting kampung aku je”, “Apesal gambar kat Jepun ko ni macam kat Sogo KL je” dsb, hahaha. Memang betul cakap dia sebab aku punye gambar dah penuh satu gambar tu. Background nampak sikit je. Kata nak tunjuk gambar kita kat situ, jadi kenalah jadikan backgorund tu main subject kita.

Sebab tu aku pelik kekadang orang suka sangat nak nampak muka dia jelas dan besar dalam gambar. Padahal suasana atau background tu lah yang menguatkan cerita dalam gambar tu. Asalkan kita tahu dalam gambar tu ada kita sudah cukup. Kalau nak tengok muka jelas sangat amik je gambar ala-ala gambar friendster yg guna kamera hp dari atas cam budak remaja belasan tahun tu,wakakaka.

Ni antara contoh gambar yang mengikut RO3 yang betul. Sebenarnya ia boleh diaplikasikan kat mana2 sama ada gambar pemandangan, outdoor, potret dsb.

Gambar tasik 2/3 dan langit 1/3 dari gambar *gambar En Google
Gambar tasik 2/3 dan langit 1/3 dari gambar *gambar En Google
Gambar ni juga aplikasikan RO3 *gambar En Google.
Gambar ni juga aplikasikan RO3 *gambar En Google.

Kalau lihat gambar-gambar di atas, kita boleh lihat subjek diletakkan 1/3 daripada keseluruhan gambar. Bukan setakat vertikal tetapi juga horizontal yang biasanya menjadi latar belakang turut mengikut peraturan RO3ini.

Sebenarnya banyak lagi bab untuk memperbaiki komposisi mengambil gambar ni seperti leading lines, shadow, pattern & shape, reflection dan foreground frame. Semua tu membantu mendapatkan gambar yang lebih menarik dan mengikut peraturan yang betul. Tapi sebagai asas RO3 adalah satu permulaan untuk korang semua cuba.

Memang kita boleh bila-bila masa ‘break the rules’ dalam mengambil gambar ni. Tapi kalau rules tu pun tak reti, apekejadah nak break rules,hahaha. Contohnya kalau nak letak subjek kat tengah2 pastikan kiri dan kanan subjek adalah seimbang dsb. Akhirnya, benda ni hanyalah sebagai panduan. Supaya kita dapat hasilkan gambar lebih baik. Tapi kalau taknak ikut ye takpelah. Sekurang-kurangnya korang tahu peraturan tu ada :)

Statistics

0 comments

How they all fared

Rabu, 23 November 2011

Happy Photographer Day!!!

0 comments
If you ask yourself why photographers charge so much for assignments. We don't get paid vacation, we don't get paid sick days, we don't get bonuses for working non-stop during Christmas. We don't have insurance plans nor do we qualify for unemployment. We sacrifice our family on special days so that we can bring happiness to others. Illness or personal affairs are not excuses for a bad result. Next time you ask, remember that Photographer ARE Photographer because of the LOVE OF PHOTOGRAPHY, but that love doesn't pay debts.

Happy Photographer Day!!!

Isnin, 14 November 2011

Linux

0 comments
Linux (IPA pronunciation: /ˈlɪnʊks/) is a Unix-like computer operating system. Linux is one of the most prominent examples of free software and open source development; its underlying source code can be freely modified, used, and redistributed by anyone.

The Linux kernel was first released to the public on 17 September 1991, for the Intel x86 PC architecture. The kernel was augmented with system utilities and libraries from the GNU project to create a usable operating system, which later led to the alternate term GNU/Linux. Linux is now packaged for different uses in Linux distributions, which contain the sometimes modified kernel along with a variety of other software packages tailored to different requirements.

Predominantly known for its use in servers, Linux has gained the support of corporations such as IBM, Sun Microsystems, Dell, Hewlett-Packard and Novell, and is used as an operating system for a wide variety of computer hardware, including desktop computers, supercomputers, video game systems (PlayStation 2 and 3 for example) and embedded devices such as mobile phones and routers.

Lirik lagu Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah

0 comments

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan

Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahuYang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silamIni bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilaiIbu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawanMari ku ramit kucup lehernyaTerlalu rahi dendam di angan

Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca

Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)Ada teratak di hujung kampung
(Ba)Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Photobucket

-:My Personality:-

Click to view my Personality Profile page
 

Copyright 2010 All Rights Reserved DevilM@yCry by ナスルン