Ahad, 18 Januari 2009

Gerhana Matahari Separa di Malaysia pada 26 Jan 2009

1 comments

Dalam masa 7 hari lagi, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.

Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.

(Foto di sebelah merupakan contoh keadaan Gerhana Matahari Separa)

Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.

Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.

Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.

Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

National Eclipse Tracking Team (NETT) akan menghantar delegasi ke bandar Anyer, Indonesia untuk fenomena Gerhana Matahari Cincin pada 26 Januari 2009 nanti. InsyaAllah saya sendiri akan turut serta rombongan ke sana, sebagai 'build-up' kepada ekspedisi ke Hangzhou untuk Gerhana Penuh Matahari pada 22 Julai nanti! Perbincangan lanjut eskpedisi ini ada di Forum.


Kaedah untuk mencerap gerhana ini boleh rujuk kepada artikel rasmi dari ANGKASA (versi BM dan versi Eng).

Cuba hubungi kelab atau unit falak berdekatan untuk mengetahui aktiviti cerapan Gerhana Matahari separa nanti. Setakat yang saya tahu, di Planetarium Negara ada aktiviti, begitu juga di Kuala Terengganu yang mana Unit Falak UDM akan terlibat.

Comments

1 comments to "Gerhana Matahari Separa di Malaysia pada 26 Jan 2009"

Achik berkata...
18 Januari 2009 pada 7:25 PG

ko g indon? pak.. tangkap gamba kasi up sini nanti k.. ahahaks

Photobucket

-:My Personality:-

Click to view my Personality Profile page
 

Copyright 2010 All Rights Reserved DevilM@yCry by ナスルン